Skip to main content

DUA HARI SATU MALAM DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Hari nie nak bercerita tentang penginapan K.mied 2 hari 1mlm bersama teman-teman di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.

Kami sebenarnya baru balik dari Batam, Indonesia kerana dijemput untuk menyertai Food Festival dan Launching Fave Hotel di Batam.

Untuk ke Batam kali ini,  kami akan menaiki Feri di Tanjung Pengelih di Pengerang.  Disebabkan kedudukan Terminal Feri ini berhampiran dengan Lotus Desaru,  kami berlima mengambil keputusan menyambung percutian kami dengan menginap di sini selepas pulang dari Batam.

Selamat Datang❤❤

Keadaan di Lobi


Ini bukanlah kunjungan pertama k mieda,  dah masuk 3 kali pun k mied menginap di sini.  Ada perubahan ketika nak register masuk,  dimana tetamu akan di beri nombor menunggu seperti di kaunter2..janganlah risaupun..bukannya lamapun menunggu😆.  Dengan cara ini k mied lihat ianya lebih bersistematik.

 Ni bilik kitaorang,  sangat luas iaitu Apartment 3 bilik
Terdapat 5 pilihan bilik di sini,  ada 1 bedroom, 2 bedroom,  3 bedroom,  4 bedroom dan Penthouse.  Korang bolehlah buat pilihan masing-masing ikut kesesuaian ahli keluarga yang akan menginap bersama.

Di bawah nie antara bilik-bilik yang k.mied sempat terjah dan snap gambar😁
Ini bahagian bawah one bedroom suite

Nie bilik di tingkat atas One Bedroom Suite


Yang ini bahagian hall Penthouse

Yang nie salah satu bilik di Penthouse

Pemandangan dari Balkani Bilik Penthouse

Kalau nak lihat lebih lagi keadaan bilik boleh ke website :
Setelah check in, kami berlima berehat sekejap dan pukul 6 kami turun menuju ke pantai untuk melihat Sunset.

Sempatlah berposing sebelum matahari terbenam

Masih ramai yg mandi-manda lagi

Cuaca agak mendung....nie jer yang dapat capture


Duduk menyaksikan Matahari terbenam memang sangat mendamaikan

Disebelah malamnya kami pun dinner di Teratai Coffee House,  selain dari Teratai Coffee House ada beberapa lagi restoran yang ada di di dalam Lotus Desaru nie..antaranya ialah Seafood Restaurant,  Seaview Restaurant,  Lotus Spices &  Beach Hut.  Jadi ikutlah selera masing-masing ya.


Banyak menu buffet dinner di sediakan di Teratai Coffee house





Korang boleh cuba Korean Bbq di Beach Hut

Lotus Spices yang menyediakan pelbagai Asian Cuisine

Suasana di Lotus Spices

Seafood Restaurant


Antara menu yang terdapat di Seafood Restaurant

Bagaimana pula, menu untuk Sarapan Pagi?
Ini jangan risau tau...pelbagai menu ada disediakan.  Bagi peminat Roti Canai dan Teh Tarik, memang Lotus Desaru mempunyai tukang tebar Roti Canai dan pembuat Teh Tarik yang berpengalaman...tak ubah macam makan roti canai dan teh tarik di Restoran Mamak🥰




Macamana dengan aktiviti malam pula?
Nie k mied suka..Ada Line Dance.
Apa tu Line Dance?...Ala..lebih kurang macam Zumba lah..hehehe

Nie dia..2 orang dancer...hebat diorg menari😆


K mied pun apa lagi..lencun dan tercungap-cungaplah..almaklum lama tak berzumba😅

Apa lagi yang menarik di Lotus Desaru nie??
Selain mandi laut,  banyak  aktiviti di pantai yang boleh di cuba seperti menaiki banana boatParasailing, Family tube, Boat ride,  Fishing Trip,  Twister dan lain-lain lagi. 
Para pengunjung juga boleh mandi di kolam renang dan Splash Park yang terdapat di sini.
Apa lagi tunggu..swimminglah🥰

K.mied paling suka falling coconut nie😅


Lazy River

Kalau nak main Paint ball pun ada...dan jika badan dah rasa lemau- lemau tue...bolehlah ke Lotus Spa ya.



Macam-macam benda boleh buat kt Lotus Desaru nie,  Meriah sangat...so apa tunggu lagi,  rasa nak happy dan rilex-rilex dengan orang tersayang dan keluarga,  inilah tempatnya 


📍Lotus Desaru Beach Resort & Spa
        Lot 1854,  Jalan Desaru Bandar Penawar, 
      81930 Kota Tinggi,  Johor. Malaysia
 
 Tel  : 607 8842800       Fax  :  607 8842998
    website   : www.lotusdesaru.com


Selamat Bercuti❤❤

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag