Skip to main content

LAWATAN KE KOMPLEK NASYRUL QURAN

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang telah melawat ke Komplek Nasyrul Quran di Precint 14, Putrajaya tapi k mied baru berkesempatan berkunjung ke sini baru-baru ini. 

Komplek Nasyrul Quran di Putrajaya
Komplek Nasyrul Quran ialah pusat percetakan Al Quran yang ke dua terbesar di dunia selepas Komplek King Fahd di Madinah.
Ianya bukan setakat sebagai pusat pencetakkan sahaja tetapi sebagai pusat penyelidikkan,  pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa,  penerbitan dan pengagihan Al Quran.

Komplek bangunan putih yang tersergam indah ini menelan belanja Rm60 juta untuk kos pembinaannya dan diuruskan oleh Yayasan Restu.



Kedatangan k.mied ke sini kerana membawa kira-kira 267 peserta kursus dari Arau, Perlis.  Jadi bila datang secara berkumpulan dan telah di maklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan maka para pelawat akan bawa ke bilik taklimat untuk di beri penerangan serta tayangan video mengenai Nasyrul Quran ini.

Antara tayangan video yang ditunjukkan adalah mengenai Al Quran Malaysia,  Penyalinan dan penterjemahan.
Juga tentang bangunan Nasyrul Quran  serta 
mengenai perjalanan hidup Rasulullah S.A.W.

Pemandangan tempat mencetak Al Quran dari Anjung Tinjau

Selepas itu para pelawat di bawa ke tingkat atas iaitu ke bahagian Anjung Tinjau untuk diberi penerangan cara-cara menyiapkan sebuah Al Quran dan melihat kilang pencetakan dari atas.



Ada 3 ruang pameran di Nasyrul Quran ini iaitu :-
1. Galeri Mushaf Luar negara
2. Galeri Mushaf dari semua negeri di Malaysia
3. Galeri Hiasan Dalaman dan Seni Bina Islam








Para pengunjung bukan sahaja boleh melawat tetapi boleh membeli produk Al Quran , Surah Yassin dan buku-buku Doa. Juga boleh berwakaf.

Sebenarnya banyak perkara yang menarik dapat diketahui seperti motif-motif Mushaf  dalam negara dan luar negeri,  dakwat yang di gunakan untuk tulisan tangan, kaligrafi & senibina Islam. Jadi sekurang-kurang 2 jam masa lawatan di perlukan,  barulah benar-benar dapat  melihat serta meneliti bahan pameran di Nasyrul Quran secara menyeluruh. 

Di kunjungan ini,  k.mied hanya sempat berada di sini  sekitar 45 minit ,  jadi banyak bahagian yang tidak dapat di teliti lagi.  Insyallah k.mied akan berkunjung lagi untuk lebih memahami dan mendalami  tentang Mushaf-mushaf yang dipamerkan.


Bagi yang berminat nak ke sini dan ingin mengetahui.lebih lanjut tentang Nasyrul Quran bolehlah ke :-


                      https://www.nasyrulquran.com/




Waktu Operasi: 9 pagi - 5 petang (setiap hari)

Alamat: Nasyrul Quran, 14811, Jalan P14J, Presint 14, 62675,
Putrajaya


Telefon: 016-718 2741 / 012-9193095


Salam sayang,



Comments

  1. First datang dulu masa perasmian. Ade part2 yang LeYa belum teroka lagi. Nanti nak pergi semula la.. Yang bestnya dapat al-Quran besar giler... Senang nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg dia bagi surah yassin..alhamdulillah

      Delete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad