Skip to main content

HOTEL TENERA BANGI : LIP LAP LIP LAP RAMADAN TEMA BUFFET RAMADAN TAHUN INI

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Ramadan hampir tiba tidak lama lagi,  sudah tentu kita menanti peluang untuk menambah amal ibadat di bukan puasa juga peluang untuk sama-sama beriftar bersama sanak-saudara dan kawan-kawan.

Bercerita mengenai iftar, hotel-hotel dan restoran-restoran sudah mulai mengadakan promosi bufet Ramadan mereka untuk tahun ini.

Majlis Preview Ramadan Hotel Tenera dirasmikan oleh Pengerusi Felda Datuk Sri Ahmad Shabery Chik 

Untuk tahun ini, Hotel Tenera  tidak ketinggalan untuk mempromosi bufet Ramadan mereka   tema iaitu " Lip -Lap Lip - Lap" dengan menampilkan   kehadiran pelakon dan usahawan popular Rozita Che Wan Sebagai  wajah bufet Ramadan Hotel Tenera tahun ini.

Bufet Ramadan Hotel Tenera kali ini akan bermula pada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024 ini. 
Seperti biasa, Bufet Ramadan di Hotel Tenera menjadi pilihan Che Ta  dan orang -orang daripada pelbagai golongan kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dengan harga berpatutan buat seisi keluarga.
Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera,  Fadzly Hamzah,  bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan.

Untuk itu, terdapat lebih  40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar,  sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.

Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 130 menu hidangan seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya dan yang pasti dinanti-nantikan DURIAN ‘Unlimited’ yang akan disajikan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.





Bukan itu sahaja, hidangan lain yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah Kepala Salmon Jawa Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi. 

Lebih menarik sempena penampilan Che Ta kali ini, pengunjung berpeluang untuk menikmati menu pilihan selebriti itu di gerai ‘Wadai Kepeng Lip-Lap Lip-lap’.

Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah   hasil air tangan seorang Cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said iaitu sebagai Chef Eksekutif Hotel Tenera.

Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas yang positif daripada pengunjung kami, malah Hotel Tenera telah menerima anugerah berprestij  ‘Best Ramadan Buffet’ pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia. 

Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal  atau 'early bird' pada harga RM98  sahaja daripada harga asal  RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad). 

Tawaran pembelian terbuka sehingga 29 Februari 2024. Bilangan baucar adalah terhad. Untuk pembelian baucar ini sila layari www.tenerahotel.com.my 
atau menghubungi/whatsapp di talian 019-3854 796.

Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur. 

Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat terawih.

Pihak hotel juga membawa  wakil Tahfiz Sulaimaniyyah dan Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan. 

Sedikit info mengenai Hotel Tenera, hotel milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, KPFMB ini adalah berkonsepkan ‘mesra Muslim’. 

Antara yang menarik hotel ini mempunyai 500 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah grand ballroom yang boleh memuatkan seramai 1200 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang berkonsepkan muslimah. 

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-89299600 atau whatsap 019-3854796/019-3592796. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau instagram (@hoteltenerabangi). 

 *Pakej-pakej istimewa Hotel Tenera

Pakej Ramadan Staycation

2 Hari 1 Malam (Bilik Superior)

Bufet Ramadan untuk 2 orang 

Sahur untuk 2 orang

RM388 bersih/bilik 


2 Hari 1 Malam (Apartment 2 Bilik Tidur)

Bufet Ramadan untuk 4 orang 

Sahur untuk 4 orang

RM688 bersih/unit 

Pakej Ramadan Residensi 

(Tempahan adalah untuk 20 orang ke atas)

2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Single-bed King/Queen)

Bufet Ramadan untuk 1 orang 

Sahur untuk 1 orang

RM298 bersih/seorang

2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Twin-sharing)

Ramadan Bufet untuk 2 orang 

Sahur untuk 2 orang

RM216 bersih/seorang

       * Pakej promosi penginapan diatas adalah sah daripada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024

Maklumat & Tempahan

📌Tempahan Bufet Ramadan

☎️03-8929 9600

☎️019-385 4796 (Whatsapp)

📌Tempahan bilik penginapan

☎️03-8929 9600

☎️019-233 1796 (Whatsapp)

📥hoteltenera.kpf@felda.net.my

🌐www.tenerahotel.com.my

Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag