Skip to main content

BERSANTAI DI EAGLE RANCH

Assalamulaikum...........
Tahun baru cina dah nak dekat...biasalah ramai yang planning nak bercuti maklumlah cuti raya tahun baru cina tahun nie jatuh pada hari Ahad,  jadi boleh semua cuti dari hari Sabtu hingga hari Selasa (4 hari tue), bagi yang bekerja dengan Company Cina lagilah lama,  entah-entah 2 minggu korang berehat......
Dah hampir setahun berlalu baru teringat nak cerita pasal percutian aku di Eagle Ranch,  Port Dickson. Tempat percutian ala cowboy di Port Dickson.....bukan apa bolehlah siapa-siapa yang berminat survey-survey...  Aku pun sedang survey-survey jugak...nak bawa family pergi mana cuti tahun baru cina nie...kalau poket lebat jauhlah perjalanannya,  klu poket kempis dekat jelah jawabnya.
 
Korang akan lihat benda nie kat simpang sebelum masuk ke resort,  lepas sikit dr Tiara Resort


Nielah tempat penginapan kami - Bandwagon

Happy sungguh- lepas breakfastlah tue...





Penginapan di sini biasanya termasuk breakfast....ok jugak breakfast yang di sediakan.  Kalau rasa-rasa nak makan kt gerai-gerai di luar resort. Boleh aje...ada banyak gerai nasi lemak dan roti canai di sepanjang jalan PD tue..


Ini penginap ala-ala red indian (Tepee)


Aku tak lepas peluang berposing....malam pun malamlah...



Penginapan jenis Tepee nie yang paling murah kat sini,  kalau tak silap RM80.00 semalam.


Nie pula penginapan jenis Kampung House
Ada lain-lain jenis penginapan..ada je di snap tapi biasalah dah setahun....semua gambar entah kemana...bolehlah korang tengok dekat website Eagle Ranch tue....


Kakak menunjukkan skil memanah..............ada gaya ke???

3 beradik nie memang suka perabih duit mamakan.......

Kolam renang dia pun ok....nie freelah....


Banyak aktiviti yang boleh di buat kat sini sambil merehatkan minda....sediakan duet ajekan....Seronok juga bersantai kat sini sekali sekala selain dari mandi laut je kalau pergi PD tue...Kadang-kadang kena cuba yang lain jugak.   Wassalam...........





Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

BERCUTI DI HATYAI : TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG BOLEH DIKUNJUNGI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini k.mied nak share mengenai tempat -tempat yang k.mied kunjungi sewaktu ke Hatyai baru-baru ini. ' Hatyai ' sebuah bandar terletak di Wilayah Songkhla, Thailand . Merupakan bandar yang paling berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia . Kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai?? Perjalanan hendak kesini tidaklah jauh mana ,  makanan yang sedap, pelbagai serta menepati citarasa rakyat Malaysia serta penginapan yang murah menjadi sebab kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai. Kiranya Hatyai nie ' Syurga Makanan'. Bagi mereka yang tinggal di negeri berhampiran sempadan seperti Perlis, Kedah dan Kelantan ulang-alik Hatyai mungkin perkara biasa. Pelancong dari Malaysia boleh memasuki daerah Songkhla melalui beberapa pintu masuk seperti Padang besar, Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan Durian Burung . Setelah lebih dua tahun terperap akibat Covid-19,  bila dah ada kelonggaran boleh melancong kembali sudah tentu Hatyai menjadi pilihan