Skip to main content

Ada Games apa di MYBESTBOX, KL

Assalamulaikum semua....
Pada tanggal 19hb November baru-baru ini,  k mid mendapat undangan ke Majlis pelancaran MYBESTBOX yang bertempat di Berjaya Times Square.

Kmid dok terfikir2 sewaktu mendapat undangan...ini mesti lauching permainan baru yang lebih kurang sama dengan apa yang sedia ada di Indoor park Times Square tue.  Rupa2nya sangkaan kak mid meleset sama sekali...hehehe

Sebenarnya MYBESTBOX ini telah pun 4 tahun bertapak di Hong Kong dan sekarang orang-orang Malaysia pulak bole merasai permainan yang ala-ala permainan seperti RUNNING MAN dan SUPER TRIO GAME MASTER...jadi  bolelah kita semua merasai sendiri pengalaman menarik dan menyeronokkan seperti yang kita tonton di kaca TV.





Majlis perlancaran dirasmikan oleh YBhg Dato' Dr Ammar Abd Ghapar iaitu pengarah kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia.   Di pelancaran ini ,  dua selebriti terkenal tanahair iaitu Izzue Islam dan Adeline Tsen hadir dan mencuba games di MYBESTBOX.


Gelagat 2 selebriti ini berjaya menghiburkan para media dan tetamu yang hadir

Dengan keluasan 12,000 kaki persegi,  ia bole di muatkan 500 orang pada satu-satu masa.  Ia terbahagi kepada tujuh bahagian yang menyediakan lebih dari 40 permainan.


untuk harga tiket bolelah rujuk di bawah ini...


Untuk keterangan lanjut  :

Nombor telefon  :  03-27755117

Untuk tempahan korporat   :  019 -3811090

Email  :  info@mybestbox.com

website : MY BEST BOX

FB  : MYBestBoxKL 

Waktu Operasi  : 10.00 am hingga 11.30 pm

Alamat   :  Level 6,  Berjaya Times Square, Kuala Lumpur




Bolelah ramai2 datang kesini..kadang-kadang pemainan seperti ini dapat mengeratkan lagi persahabatan di antara kawan-kawan dan sanak saudara di samping dapat bersenam.


Di VS HALL - daya tarikan utama di mana anda bole mencabar rakan2 anda dengan pelbagai permainan dan lihat siapa yang akan jadi juara

Kak mid di Dry Pool


So..apa tggu lagi...jom kita ke MYBESTBOX, KL.

Merasai keseronokan bersama family dan rakan-rakan.

NOTE  : Ucapan Terima kasih kepada Tourism Malaysia dan MYBESTBOX kerana sudi menjemput k mid. 

Salam Sayang,







Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag