Skip to main content

MEET & GREET UKAY'S DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

Assalamulaikum semua

Alhamdulillah....tahun 2019 semakin menghampiri dan tahun 2018 yang penuh dengan suka duka akan meninggalkan kita dengan seribu kenangan. Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik di tahun2 mendatang.
Untuk penutup tahun 2018.....pada hari Sabtu(29 Disember) baru-baru ini,  bertempat di BBQ Lamb KL Kemensah,  k mid bersama ahli2 Team Propa Ranjers yang lain telah menikmati hidangan dalam sungai sambil beramah mesra dengan Kumpulan Ukay's
Program ini merupakan aktiviti hujung tahun ahli media team Propa Ranjers.  Di samping dapat mengetengahkan semula  Kumpulan Ukay's,   dapat juga mempromosikan tempat makan menarik di Kuala Lumpur.
 
 

Bagi peminat-peminat Kumpulan Ukay's pula,  kini mereka muncul semula dengan 2 buah lagu baru mereka iaitu " Terpaksa ku lepaskan" dan"I  love u, I miss u".

Anggota kumpulan Ukay's iaitu Ali Ukay's (Drummer), Ami Ukay's(Keybordist), Tokjie(Bassist) & Faiz (Guitarist)




Tak lepaskan peluang bergambar dgn Ahli Kumpulan Ukay's

Aktiviti tahunan team Propa Ranjers ini sungguh meriah dan berjalan lancar. Pihak kami juga dapat menikmati hidangan menu baru yang di sediakan oleh pihak BBQ Lamb KL Kemensah,


 Bagi yang ingin menikmati hidangan lazat , sambil duduk di dalam sungai yang sejuk,  menikmati kedamaian alam semula jadi...sudah tentu inilah tempatnya....SATU KELAINAN....

 BBQ LAMB KL KEMENSAH
Jalan Taman Zooview,  Kampung Kemensah
68000 Ampang Selangor

Telefon : 012- 211 4100

 FB  : http://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah

 Terima kasih buat Team Propa rangers, LF Production dan BBQ Lamb KL Kemensah, 

K mid dan sahabat2 yg lain bergambar bersama pemilik Bbq Lamb kl Kemensah iaitu En. Zainuddin Yatim & Pn.Mimie Ibrahim

Hingga berjumpa lagi,  semoga team Propa Ranjers dapat menganjurkan aktiviti2 seperti ini di masa-masa yang akan datang.
 
Salam sayang,







Comments

  1. Wah lama x jumpa Amy Ukays..dulu pernah berurusan dengan dia masa SA jadi PR...bestnya makan kat sini ..suka masakan dia yang setanding sengan western terkenal...

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...