Skip to main content

HELLO KITTY DAN KAREKTOR SANRIO DI KUALA LUMPUR

Assalamulaikum semua

Bagi peminat-peminat Hello Kitty dan Karektor Sanrio,  inilah masa yang ditunggu untuk melihat sampai bergambar dengan lebih dari 100 karektor Sanrio dari 400 karektor di pameran yang terbesar seumpamanya di Malaysia dan juga di Asia Tenggara.

Dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO serta mendapat sokongan dari Tourism Malaysia, pameran "Hello Kitty and her Friends " ini  sedang berlangsung di :

Our Sanrio Times Exhibition

Tarikh  :  24 November 2018  hingga 6 Januari 2019
Masa    :  11 pagi hingga 9 malam
Tempat :  Hall 5, level 5, Quill City Mall,  Kuala Lumpur

Mengenai SANRiO
Bila bercakap mengenai  Hello Kitty,  memang tidak di nafikan semua orang pasti tahu tapi mengenai Sanrio ini mungkin ada yang tidak mengetahuinya.

Sanrio adalah Worldwide lifestle Brand dengan philosophynya iaitu "Small Gift,  Big Smile" yang mana dengan hanya hadiah yang kecil dapat memberi senyuman kepada semua orang tak kira berapa usia mereka. Jadi Karektor Hello Kitty adalah karektor paling berjaya  yang di reka dan  di hasilkan  oleh Sanrio Japan.


Entrance "Our Sanrio Times" yang warna warni dan menarik
Terdapat 13 tema zon yang di pamerkan dengan 4 sorotan utama  iaitu yang pertama "Sanrio Village" dimana 100 karektor pilihan dikumpulkan buat pertama kalinya dalam pameran di Kuala Lumpur ini.
Laluan Sanrio Time Tunnel

Kedua,  replika beg syiling Hello Kitty iaitu cenderahati pertama keluaran Sanrio dibawa untuk pertama kalinya ke Malaysia... Bagi peminat2 Hello Kitty mestilah x nak lepaskan peluang untuk melihatnyakan


ini dia Replika beg syilling Hello Kitty....klasik kan
Ketiga  : Dengan  sokongan penuh dari Sanrio Jepun dan Sanrio Hong Kong,  membawa bersama lebih 300 barangan vintage untuk di pamerkan.









Keempatnya pula,  dapat melakar sendiri karektor Sanrio dengan tunjuk ajar dari pereka Sanrio Jepun. Tunjuk ajar secara "step by step" ini menjadikan ia  menarik untuk peminat karektor Sanrio dan Hello Kitty untuk melakarkan karektor kegemaran masing-masing.


Bagi menambah keterujaan peminat,  dibawakan patung Hello Kitty setinggi  3.5m ini... harga patung ini mencecah 250k


Wahai peminat-peminat Sanrio Karektor dan khasnya peminat Hello Kitty,  bermula 21hb December ini ada tawaran istemewa menanti anda :-

Beli 4 tiket akan mendapat RM 5 Pop-up Store Cash dan 2 keping  Sanrio Karektor Cookies




Tiket bole di beli di kaunter tiket di luar pintu pameran dan juga  di www.ticketcharge.com.my


Bawalah anak-anak dan keluarga ke sini di musim cuti sekolah,  pasti anak-anak gembira dapat bergambar dan melakar karektor kegemaran mereka.


Ucapan terima kasih di atas jemputan ke pameran ini
 #OurSanrioTimes
 #TourismMalaysia
 #AlataEvent
 #Macexpo
 #QuillCityMallKualalumpur


Salam sayang.





Comments

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad