Skip to main content

PERCUTIAN KE INDIA (NEW DELHI/AGRA/JAIPUR)

Assalamulaikum
Seperti yang di janjikan,  dan ada beberapa kawan yang pm tanya budget dan itinerari ke India (Kashmir/new Delhi/Jaipur/Agra),  maka k mid pun nak sambunglah cerita k mid nie..hahaha
Welcome New Delhi

Sebelum tue..mari k mid sambung cerita perjalanan kitaorang lepas sampai New Delhi dari Kashmir,  pada mulanya kitaorang  nak jalan sendiri iaitu guna pengangkutan awam diorang ..mungkin guna keretapi dan guna Tuk-tuk tapi lepas dapat nasihat dari Owner Kashmir Inn,  Mr Riaz..katanya ..melihat keadaan beg-beg yang banyak nie eloklah appoint agen atau pun booking transport siap-siap sebelum sampai.... kerana perjalanan Delhi ke Jaipur pun jauh kira-kira 200 km takut klu naik keretapi, kami semua akan kehilangan beg kerana keadaan di New Dehi, Jaipur dan Agra amat berbeza dengan Kashmir.  Orang-orang di sini akan cuba memperdaya kita dengan apa cara sekali pun asalkan diorang dapat wang. Ini mungkin kerana keadaan hidup diorang yang memang susah sangat.  Jadi Mr Riaz pun kenal agent kt Delhi yang bole aturkan semua.  Jadi kami perlukan transport aje, dari segi hotel pulak..semuanya dah di booking melalui BOOKING.COM...so x da masalah.


Inilah transport kami di India...van yang bole muat 14 orang so kami hanya berlapan jadi mmg selesa
Sampai aje di lapangan terbang New Delhi,  driver van telah pun menunggu...tapi disini van tidak bole ambil terus penumpang di airport..van perlu tunggu di kawasan parkir yang telah di sedia iaitu kira-kira  2 km dari situ...perlu menaiki bus rapid free yang di sediakan.. mungkin ini untuk mengurangkan kesesakan  di airport.

Perjalanan kami untuk hari ke 6 ini diteruskan ke Jaipur menggunakan Highway.  Dengan hadlaju yang di benarkkan di Highway diorg iaitu 60km/jam...kira-kira 4 jam baru sampai ke Jaipur 😆😆

Penginapan kami di Jaipur untuk 2 malam ialah Dodas Palace.

Hotel Dodas Palace (pic: google)

Bilik pun ok.. tak ada masalah

Info mengenai Jaipur

Jaipur adalah ibu kota negari Rajasthan dan merupakan negeri terbesar di India dari segi  keluasannya Jaipur merupakan bandaraya terancang di India,  terletak di padang pasir Rajasthan.  Dikenali sebagai Kota Pink disebabkan kemeriahan warna merah jambu pada bangunannya dan diinspirasikan daripada senibina bandar Mufhal yg mengunakan batuan merah, menjadi kan kota ini unik. Bandar ini di diami kira-kira 3.5 juta penduduk.
Jaipur pupular keranan destinasi pelancongan di Rajasthan dan India,kaya dengan warisan budaya, gaya hidup, kesenian, barangan kemas,tekstil dan seni bina.

Antara tempat2 menarik dan bersejarah di Jaipur :-
* Amber Port
* Nahagarh Port
* Jaigart Port
* Hawa Mahal
* Jantar Mantar

1. Amber Fort
Amber Fort merupakan kota istana dan di mula di bina oleh Raja Man Singh I.  Ianya terletak di di puncak Bukit Kota Amber. Berkeluasan 4 km persegi dan 11 km dari Jaipur. Senibina gaya artistik,  gabungan hindu dan eleman Mughal.

Kita perlu menaiki Jeep di sini kerana, Amber Fort ini terletak di atas Bukit.
kawasan parkir van di bawah...di belakang tue bole nampak Amber Fort
Sewa 2 jeep untuk 8 orang untuk naik ke Amber Fort

Di kawasan luar Kota Amber

Di bahagian lain
gambar-gambar kami di beberapa bahagian di Amber fort

2. Hawa Mahal
Hawa Mahal merupakan salah satu bangunan terkenal yang di kenali dengan nama bangunan merah jambu. Kedudukannya berdekatan dengan "city Palace" dan dahulunya merupakan kawasan khas untuk para wanita keturunan di raja.
Hawa Mahal
Bangunan ini di bina dengan batu pasir merah dan merah jambu serta melambangkan bentuk mahkota dewa Krishna.



Tingkap2 kecil di bangunan ini adalah untuk para wanita keturunan di raja melihat keluar jika ada sesuatu upacara kerana  mereka tidak di benarkan berinterksi dengan orang  tidak dikenali dan tidak dibenarkan pergi ke kawasan awam.  Tingkap2 atau "Jokokhas" juga direka untuk memberi pengudaraan udara yang baik di dalam istana  dan dapat memberi udara sejuk walaupun di musim panas.

Di sini sebenarnya adalah tempat yang memang murah untuk membeli pelbagai souvenior dan barangan kulit tapi Driver kami si Manni bole-bole tak nak memberhentikan van di sini..katanya terlalu ramai oranglah , takut kitaorang tersesatlah...dia nak kitaorang lalu saja tapi kalau dah di Jaipur tidak bergambar di Hawa Mahal nie..umpama tidak lengkap kerana Bangunan Hawa mahal nie adalah salah satu landmark Jaipur.

Sebenarnya dia takut kami semua berbelanja di sini sebab biasalah sebelum nie dia dah bawa ke beberapa tempat shopping yang mahal..mmg di sini harga sangat munasabah dan bole di bargin hingga murah sangat. Kami tetap berkeras dan ingin turun bergambar dan shopping di sini. Akhirnya dia akur dan hanya benarkan 1 jam aje di sini. Kami pun tak berani membantah kerana banyak barangan kami dalam van dia ,  so ikut jer..dapatlah shopping serba sedikit.

3. Central Museum of Jaipur


Disini k mid hanya bergambar aje kerana apabila kami tiba ia sudah di tutup

Untuk hari ke 9 dan 10,  kami meneruskan perjalanan ke Agra pulak.
Agra - adalah sebuah kota kuno di Sungai Yamuna India,  berada di bahagian Uttar Pradesh. Memiliki peranan penting sebagai ibu kota kerajaan Mughal dari tahun 1526 sampai 1658.
Sebenarnya Agra adalah destinasi wajib jika kita ke India kerana di sini terletaknya  salah satu dari 7 keajaiban dunia iaitu Taj Mahal.
Ini baru pintu gerbang...belum sampai lagi..kena melalui pintu gerbang nie dulu baru bole nampak Taj Mahal

Taj mahal merupakan makam yang di bina oleh Maharaja Shah Jahan  sebagai monumen peringatan kepada isterinya yang ke 3 iaitu Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka yang ke 14. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu merangkumi bahagian
makam, dewan, taman rekreasi, masjid,  menara tinjau dan lain-lain. Ianya mula di bina pada tahun 1631 dan siap pada tahun 1953,  mengambil masa 22 tahun untuk di siapkan. Pada tahun 1983,  UNESCO telah mengistiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu di lindungi.  Bangunan ini dikatakan sebagai "Permata Seni Bina Islam".
tak pernah terfikir bole melihat Taj Mahal secara berdepan tapi dgn izinnya dapat sampai juga ke sini
K mid & Mr J ..my chentahati : )
Jasnida Family 💓💓
Taj Mahal - Monumen Cinta Agung

Bangunan belakang tue adalah Masjid yang terdapat di sebelah Bangunan Taj Mahal.  Diperbuat dari Red Stone


Disetiap gerbang Taj Mahal ada tulisan ayat-ayat Al Quran iaitu surah Yasin. Kita bole masuk ke dalam Taj mahal ini tetapi tidak di benarkan  mengambil gambar. Di dalam Taj Mahal nie sebenarnya terdapat kubur Mumtaz Mahal dan Shah Jahan.  Apa yang kita lihat di dalam hanya replika kubur Shah Jahan dan isterinya kerana kubur yang sebenarnya  jauh ke bawah dan tidak di benarkan sesiapa pun turun ke bawah untuk melihatnya.

Taj Mahal ditutup pada hari Jumaat,  untuk membolehkan umat islam bersolat di masjidnya. Pada hari lain  eloklah sampai awal,  kalau tiba jam 6.30 pagi bole tengok matahari terbit...kami sampai awal tapi hari tue berkabus aje tak dapat tengok matahari terbit pun 😓

Mengabdikan kenangan kami dipelbagai sudut

Selepas puas menjelajah Taj Mahal ....esoknya pula kami akan melawat  satu lagi destinasi iaitu Fatehpur Sikri


Fatehpur Sikri adalah sebuah bandar dan dewan bandaraya di Bandar Agra, negeri Uttar Uttar Pradesh.  Merupakan bandar bersejarah Fatehabad,  di bina oleh Maharaja Mughal iaitu Akhbar pada tahun 1570. Tujuan pembinaan untuk menghormati ahli sufi Shaikh Salim Chisti yang tinggal di sebuah gua di atas bukit di Sikri.
Akhbar menjadi maharaja Empayar Mughal selepas maharaja Jahangir.  Fatehabad pula ditukar nama kepada Fatehpur  dan kemudiannyan Fatehpur Sikri.

Fatehpur Sikri menjadi ibukota Empayar Mughal dari tahun 1571 hingga 1585
Diistiraf sebagai Tapak warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986

lain-lain bahagian di Fatehpur Sikri
mendengar penerangan dari Guide tentang makam2 yg terdapat di sini
Bersama seorang penjaga makam di sini

Para pelawat perlu memakai selipar yang di sediakan di pintu masuk dan kaum lelaki perlu memakai kopiah yang diperbuat dari plastik sebelum melawat makam para sufi......tapi yang tak masuk akak siapa yang tak bertudung juga di kehendaki pakai kopiah plastik nie....nie menyebabkan sampai sekarang k mid berfikir..yg perempuan patut kena bertudung lah...kenapa berkopiah plastik pulak??????    hahahahaahh....nasib kau lah nak....

Begitulah serba sikit coretan k mid tentang percutian kami ke India.  Banyak pengalaman yang di dapati dan pastinya menjadi kenangan sepanjang hayat.

Di sini k mid bagi beberapa tips yang mungkin bole di jadikan panduan buat yang ingin melancong ke India.

1.  Tukar duet siap-siap di Malaysia
Bila tukar di Money Changer Malaysia,  tolong simpan slip sebab duet Rupee banyak palsu...Jangan terkejut tiba-tiba nak belanja di sana diorng kata duet tue tak bole guna...kawan k mid pernah jadi mcmtue..nasib  tukar di Malaysia dan simpan resit so bole buat report atau minta gantirugi kat money changer.

2.  Siapkan duet kecil banyak-banyak.
Mereka nie susah kat sana..jadi setiap yang mereka lakukan...seperti angkat beg kita ke...semua mengharapkan di berikan tipping...di Kashmir pun kena bagi tipping...pendekkata semua tempat di India memang diorang harapkan tipping walaupun pada guide atau driver yg memang dah di bayar gaji tetap diorg akan tanya tipping....

3. Kebersihan
Sebelum pergi k mid dan anak-anak google siap-siap...banyak yg terbaca mengenai kebersihan yang kurang elok di India...so sepanjang kami berada di India kami makan di restoran aje...adalah sekali beli kueh gorengan di depan masjid....alhamdulillah sorang pun x sakit perut atau cirit birit.  Beli dan minum mineral water aje..pastikan yang memang di seal dan lepas minum sila reyokkan botol sebab di India takut diorang gunakan balik botol mineral dan jual balik..kita yg tak perasan akan beli air terebut.
Di Kashmir kami memang tak pernah was-was pun tentang makanan dan kebersihan sebab memang 95% adalah muslim tapi di Delhi/agra/Jaipur ,  walaupun nanyak vegeterian tapi tahap kebersihan tempat masak dan toilet amat di ragui..di nasihatkan makan dulu baru pergi toilet ..dikhuatiri tak lalu nak makan lepas tengok toilet atau tempat masak diorang..

4. Servis Charge
Di hotel-hotel biasa ada restoran yang menyediakan masakan...so kalau dah penat kita akan order jer makanan bawak ke bilik.  Jangan pulak terkejut bila keluar hotel tengok bill...service charge 22%  ...hahahaha..

5. Merasai pengalaman naik roller coaster
Semua kena bersedia... di Kashmir cara pemanduan diorang memang sangat laju..masing-masing tak pedulikan orang lain..pernah di satu ketika..kami lihat memang kereta tak bole lalu tapi driver kami tetap nak lalu juga..macam fungsi brek tue jarang di gunakan..hahaha..walau pun melalui lereng-lereng bukit tetap meluncur dengan laju..memang kecut perut..
Di Delhi/agra/jaipur pulak....rasanya dekat sana diorang memandu hanya perlukan hon aje..tak payah ada garisan di jalanraya, tak payah ada signboard kt jalanraya...memang tak ada peraturan langsung. Jalanraya dan Highway adalah untuk di kongsi bersama ..tak kira manusia atau haiwan..di tengah-tengah Highway Lorong 3 bole lihat lembu2 tidur dengan lenanya...ada unta, kuda dan khinzir di mana2 kawasan jalan..Aduh..pening2..yang peliknya x da pun axcident  yang dahsyat2 kat sana..
Oleh itu eloklah beli insuran klu pergi India nie..jgn ada yang mati katak pulak...😂😂

6.  Shopping
Para driver/tour guide sebole-bolenya akan bawa kita ke tempat shopping yang mahal untuk diorang dapatkan komisen...diorang ada seribu satu helah untuk cakap pada kita supaya kita akan membeli belah di  tempat yang diorang bawak...so kita kena berkeras jugak...google siap2 tempat yang murah untuk shopping seperti di Hawa Mahal, Chandi chowk market, Jan Path Market..memang tempat nie nampak tak standard tapi heaven shopping..sbb murah sangat.

7. Pengangkutan
Di India ada Uber..so jangan risau yg penting ada Wi fi. Kitorang prefer naik Uber dari naik tuk-tuk di India sebab harga Uber dah fixed so diorang tak bole sewenang-wenang letak harga...tapi kalau tuk-tuk diorang akan perdayakan kita dengan bawak ke jalan-jalan yang jauh dan sesak kemudian minta harga yang tak munasabah so hati-hati dengan pemandu tuk-tuk ini. Diorang semua memang pandai berkomplot..hahaha

8. Keselamatan 
Mengenai keselamatan,  bagi k mid semuanya terkawal..walaupun banyak askar berkawal di sepanjang jalan di Kashmir tapi tak ada pun lihat satu keganasan pun di sana.. Itu hanyalah propaganda  dari India dan Pakistan yang rebutkan Kashmir. so pelancong akan di jaga dengan baik insyallah.  Di Delhi/jaipur/Agra...seperti di tempat lain juga...kita berwaspadalah,  jaga beg masing-masing dan jangan cuai.  Kalau di Malaysia pun kita tak berhati-hati memang lesap beg kita..ini kan pulak di Indiakan!!


Pada yang tertunggu-tunggu berapakah jumlah perbelanjaan yang hangus....so kak mid letaklah kat sini buat panduan :-

1.  Tiket flight 
 Tiket flight Kuala Lumpur- Delhi - Kuala Lumpur,  kitorng beli waktu AA promo iaitu RM595.00  , setahun awal..start beli tix tue..kitaorang pun menabunglah sikit2.. so jgn heranlah klu bole dapat harga murah gitu ya.
Tix Delhi- Sinagar- Delhi,  kitaorang beli sebulan sebelum pergi ..so RM400.  nielah yang termurah dapat ..bole juga naik penerbangan lain tapi kitaorang naik AA jugak.

Kos flight semua termasuk luagage dan meal dlm flight dalam RM1100


2. Visa india
Yang nie geram betul...patutnya last year hanya rm200 jer tapi naik 100% tahun  2019 jadi RM420...
dah meningkat kos kat sini. Sila buat Visa on line sebulan sebelum pergi..bole jugak guna agen klu malas nak buat...kita orang guna agen jer..so bayar extra rm20 seorang.

3. Ground pakej 5 hari 4 malam Kashmir (termasuk transport/boathouse/hotel) - RM550 per pax


4.  Ground Pakej India 5 hari  4malam ( transpot/hotel) RM500 perpax

5.  Meals - lunch/tea time/dinner - RM300 per pax

6. Ski/cabel car/ponyride/entrance fees  - RM400 perpax

7.  Perbelanjaan sendiri/ shopping......nie suka hati korang lah..nak belanja banyak bawaklah banyak kan


Total Hangus tak termasuk own expenses  = RM3270.00 ( 11 HARI 9 MLM) - Kashmir/delhi/Jaipur/Agra

Alhamdulillah..syukur pada mu ya Allah..dapt bawak family semua ke sini dan dipermudahkan perjalanan kami.

Ada sesiapa nak minta no. agen di  Kashmir bole jer roger2 k mid...k mid sedia jer membantu.

"JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN...HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI...APA2 PUN MALAYSIA THE BEST"

Hingga jumpa lagi... Bye

KLIK UNTUK PERCUTIAN KE KASHMIR PART 01

KLIK UNTUK PERCUTIAN KE KASHMIR PART 02

KLIK UNTUK PERCUTIAN KE KASHMIR PART03

Salam sayang,



Comments

  1. Allah, murah jugak eh akak dapat ticket flight ke India tu. Bestnya, harap satu hari nanti dapat sampai ke sana. Thank you kak share tips <33 Mostly yang datang ke India ni guna agent kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu guna agent all in mesti lebih dr 4k

      Delete
  2. Banyak bangunan yang menarik ni! Rupanya banyak tempat yang saya tak kenali lagi. Terima kasih atas pengongsian. Nanti nak melancong boleh cari akk jugak. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole..nanti nak pergi bole roger2 ..no problem

      Delete
  3. syoknya dapat berjalan, meluaskan pandangan sambil tengok tempat orang. paling best dapat ke taj mahal dengan yang tersayang ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat bawak family sekali

      Delete
  4. Wahhh. Not bada 3k utk 11 hari. Tapi new delhi nampak lebih bersih je dari tempat2 lain. Bestnya dapat tgk taj mahal. Teringin nk pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kashmir ok sikit..new delhi ok sikit dari Agra..tapi memang kena pakai mask kt kawasan2 sesak

      Delete
  5. teringin nak ke india sebab Taj Mahal jerr , harap nanti satu masa adalah rezeki nak pergi sana, kena banyak menabung nih

    ReplyDelete
  6. Best kak pegi holiday dgn family. Lama jugak akk pergi ye. Seronok baca dapat banyak ilmu tentang india. Kena prepare betol2 supaya tak mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  7. Bestnya pergi india. . Banyak tempat menarik dan yang selalu di tunjuk di tv adalah TAJ MAHAL. .cantik sangat

    ReplyDelete
  8. Didn't know that India can be this beautiful. I have really learnt so much from this blog post of yours. Thanks for sharing with us and letting us know the importance of preparation. :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualikum. boleh saya tau nak daptkan no drive untuk pick up kita dr new delhi ke Jaipur? ikutkan saya ke sana bulan 12 ni. saya guna tour guide dr Kashmir, memandangkan keadaan Kashmir masih lagi tegang, so sy tak dapat berhubung dengan meeka di sana. so kami terpaksa buat perjalanan sendiri. akak boloeh tolong saya. Sy akan ke ner delhi - Jaipur dan agra. terima kasih :)

    ReplyDelete
  10. Nak tanya mengenai contact ground package India boleh tak Sis

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum
    boleh tak berkongsi agen di india dan khasmir, ini email saya faridah64oct@gmail.com sbb saya bercadang nak pergi tahun dpn

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum akak, boleh dapatkan no. phone agen kashmir dgn agen delhi?

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag