Skip to main content

JOM TRAVEL BERSAMA JETSTAR

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Hari nie k mid nak cerita pasal travel pulak.   Tentu ramai yang suka travel macam k mid jugak. Syokkan dapat terbang ke seluruh dunia sebab ada banyak culture dan tempat-tempat yang best kat luar sana. At least kita boleh tambah knowledge dan lebih bersyukur kita dapat menghirup udara di luar sana melihat keindahan ciptaan Tuhan.
Traveloka selamat dan bole di percayai
  Kalau korang sukakan travel of course korang nak jimatkan kos kan dan cari airline yang low cost. Korang pernah dengar Jetstar tak? Dekat Traveloka dalam apps dan web korang boleh find out tentang Jetstar online promotion . K mid nak kongsikan dengan korang pasal Jetstar dan cara nak book melalui Traveloka
 Untuk pengetahuan korang Jetstar ini based dekat Australia, salah satu low cost airlines yang ada kat dunia. Lebih kurang 75 destinasi yang korang boleh terbang dengan Jetstar ni. Dari segi seating lak ada 2 class iaitu Economy Class dan Business Class. Economy class korang boleh bawak maximum 7kg bag cabin tapi yang pastinya murah. Untuk business class pulak korang boleh bawak 2 kali ganda bag cabin dan seat dia luas sikit dari economy class punya seat. Apa-apa pun harga still murah kalau nak dibandingkan dengan airlines lain. 

Mehlah k mid ajar korang cara-cara nak booking, mula-mula sekali korang kena install apps Traveloka atau surf website diorang dan korang search Jetstar. Bila dah jumpa under section search korang isikan details macam tarikh pergi dan balik, destinasi korang dan juga untuk berapa orang. Suggestion k mid ialah korang pilih date yang lama sikit dari sekarang ni, dan bukannya tarikh cuti sekolah atau perayaan. Dengan cara camtu korang akan dapat harga yang paling murah. Lepas tu korang search dan kebiasaannya harga yang paling murah akan ada kat paling atas sekali. Kalau korang puas hati dengan harga tu korang terus buat booking dan boleh buat online payment guna kad kredit atau kad debit. Senang kan? Traveloka ni selamat dan boleh dipercayai dan salah satu sistem yang makin famous dan digunakan orang lain sekarang. 

Walaupun Jetstar ni dari Australia korang boleh jugak naik flight diorang kalau korang dari Singapore. Contohnya korang nak cari Singapore to Penang flights kat Traveloka korang boleh gak cari under Jetstar kalau-kalau korang nak tukar angin. 
Kalau nak ke Singapore pon takdehal. Tapi apa yang ada kat Singapore kalau nak bercuti ek? Dah la negaranya agak kecik, actually ada banyak tempat yang best kat sana. K mid listkan beberapa tempat menarik yang bole korang terjah kat Singapore ya..

* Jurong Bird Park 

 Bagi anak-anak kecik, tengok haiwan yang terbang tinggi dengan lebih dekat ini pasti akan menjadi memori yang indah dan menyeronokkan bagi diorang. Bukan sikit burung yang ada kat sini, tapi 8000 ekor burung daripada 600 spesies burung yang boleh korang lihat di Jurong Bird Park. Burung-burung yang ada kat sini didatangkan dari pelbagai negara di Asia Tenggara, Eropah, Amerika Selatan hinggalah ke Afrika, senang cerita, hampir seluruh pelusuk dunia. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Jurong Bird Park adalah memberi burung-burung ini makan, termasuklah burung penguin yang ada kat sini. Selain itu, kalau anak-anak korang memang betul-betul minat dengan burung, diorang boleh menyertai aktiviti camping bersama penguin dan burung-burung lain, nak tahu bila aktiviti ini diadakan, korang boleh mendapatkan maklumat tambahan dari pihak taman burung ini.

*Ferris Wheel di Singapore Flyer 
 

Ferris Wheel yang berketinggian 165 meter ini menempatkan kapsul-kapsul berpendingin hawa untuk 28 orang penumpang. Dari kapsul ini korang akan dapat tengok view indah 360 darjah kawasan sekitar Singapore, dan jangan terkejut kerana korangmungkin dapat tengok Malaysia juga dari kapsul inipada hari yang jelas viewnya. Apa-apa pun Ferris Wheel ini bukanlah untuk orang yang gayat, kalau korang seorang yang gayat jangan kecewa, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat kat sini seperti ke Retail Terminal, Flight Simulator, Kenko Reflexology, Fish Spa, XD Theater Motion Simulator dan banyak lagi.

*Singapore Zoo 
Singapore Zoo merupakan salah satu zoo hutan hujan terbaik di dunia. Kemudahan dan haiwan-haiwan zoo di pelihara dengan rapi dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan ruang habitat. Selain dari itu bersebelahan saje dengan Singapore Zoo adalah zoo untuk haiwan nokturnal yang pertama di dunia.
 Nokturnal adalah haiwan yang berjaga pada waktu malam tidak seperti majoriti haiwan yang lain. Kat sini korang dapat tengok lebih daripada 2500 ekor haiwan daripada 130 spesies. Kalau korang ke Singapore Night Safari ini, korang boleh memilih untuk menerokai hidupan nokturnal ini  sama ada dengan berjalan kaki ataupun dengan menaiki tram safari yang disediakan. Bukan sikit untuk dilihat ya, dengan tram safari pun masa yang diambil adalah dalam 40 minit. Antara zon yang ada kat sini adalah Himalayan Foothills, Indo Malayan Region, Asian Riverine Forest, Burmesse Hillside, Equatorial Africa, Indian Subcontinent dan Nepalese River Valley. 


Bestkan kalau dapat bercuti kat Singapore, lebih-lebih lagi dapat jimatkan kos melalui Traveloka.
Apalagi tunggu...Jomlah kita melancong.

Salam sayang,

Comments

  1. Pernah dgr jugak Jetstar sbb quite famous kalau kita baca bahan bacaan luar.

    Ruang dia pun agak spacey myb sbb from Aussie dorang kan badan besar, jadi badan asia cenonet macam kita ni rasa economy dia dah besar dah. Hehehe.

    But kalau nak ke Aussie I nak try using this. Sbb kalau use airlines dari negara asal lagi cheap selalunya~ cuma strict tak strict je nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue..kalau gi Aussie memang sesuai sangat guna jetstar nie

      Delete
  2. Website traveloka best kan. Semua ada dalam satu website. Kalau nak bercuti tahun depan boleh dah start usha Traveloka kan. Baru dapat harga murah.

    ReplyDelete
  3. aii, traveloka ni buat kita macam nak plan ke australia guna airplane baru je. heheh. tapi nak pass ke singapore dulu guna scoot. nanti kita try jetstar pulak.

    ReplyDelete
  4. Ala kena baru tahu pasal Jetstar ni hehehe kita baru jer beli tiket nak pergi Singapore tak apa next time kita terbang dengan Jetstart best ada pakej murah lak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time bole cuba pada sesiapa yang nak gi Singapore.

      Delete
  5. Menarik. Teringin nak ke singapore tapi tak tahu sama ada lalu jalan darat atau udara. In shaa Allah suatu hari nnti. Bolehlah guna khidmat traveloka nnti.

    ReplyDelete
  6. Next time pegi singapore bolehla survey kat traveloka dulu. Hehe. Nanti nak berjalan kat tempat yg belum pegi lagi di singapore

    ReplyDelete
  7. Last pergi singapore tahun 2010.. lama sangat dah tapi naik bus je. Pergi untuk kerja so takde la nak melawat tempat sangat. Boleh la plan dengan traveloka untuk next trip. Boleh bawak anak2

    ReplyDelete
  8. k mid pun ada tempat yang tak teroka lagi kt Singapore tue..asyik2 pergi USS jer..hahha

    ReplyDelete
  9. wah semoga saja saya bisa kesana ,

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kak mid share info bernas. Boleh rujuk sini kalau nak pergi Singapore taknak lalu jalan darat. Murah pulak tu guna Jetstar. Apa lagi jom buka traveloka :D

    ReplyDelete
  11. Penerbangan Jetstar ni belum pernaj try lagi. Nak terbang nanti boleh try booking laa..

    ReplyDelete
  12. Ohh boleh jugak ek naik di penang airport? Syu belum pernah sampai Singapore . Mayabe kalau nak pegi nanti boleh naik jetstar

    ReplyDelete
  13. Traveloka ni mcm2 promosi tau. Xpernah tau ada tempat menarik mcm ni. Thank you sharing.

    ReplyDelete
  14. Setiap saya traveling saya selalu sama memakai jasa traveloka. Karena suka dikasih diskon, itu yang saya suka hha

    ReplyDelete
  15. Alaa traveloka ni sengaja je kan.. Nak suruh kita travel ke singapore la ni... Aduhh. Passportku dh lama tamat tempoh. Hahahaha..

    ReplyDelete
  16. Tak pernh naik kapal terbang.. Banyak sekrg kapal terbang ye.. Pilih je.. Selalu gak usha traveloka ni.. Nanti kalau nak p melancong, i try naik jetstar ni.. Usha dekat traveloka

    ReplyDelete
  17. Nti blhlah cuci2 mata katbWebsite traveloka nk tgk pakej flight ke singapore kit mrh2

    ReplyDelete
  18. Teringin nak pergi Singapore hehe. Even jiran pon tapi kena cari masa sesuai nak pegi dengan family. Tq sharing tempat best. Zoo tu mcm best la plak.

    ReplyDelete
  19. Jujur..baru tau pasal jetstar ni. Mmg bagus la bila traveloka kenalkan tawaran camni so lbh ramai yg tahu

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag