Skip to main content

MCDONALD'S TERIMA PAKAI NAMA PANGGILANNYA DI MALAYSIA - "MEKDI"

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Siapa yang tak kenal Restoran Mc Donald's kan??.   Walaupun ianya jenama global terkemuka namun  McDonald's Malaysia berbangga menjadi syarikat yang berjiwa Malaysia.

Sempena hari Merdeka dan Hari Malaysia,  McDonald's  Malaysia turut meraikan 37 tahunnya di Malaysia.  McDonald's telah memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 280 restorannya di seluruh negara di sepanjang 37 tahun ini.  Mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara serta mewujudkan pelbagai peluang termasuklah perkembangan karier, latihan dan pembangunan.
  
Rakyat Malaysia juga telah membantu membangunkan jenama McDonald's malaysia sepanjang 37 tahun di Malaysia hingga di kenali sekarang. Dengan itu,  McDonald's Malaysia meraikan 37 tahunnya sebagai Syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya "Mekdi" iaitu panggilan tempatan bagi "McD" iaitu kependekkan bagi  McDonald's.

"Mekdi" kini terpampang di restoran McDonald's Bukit Bintang iaitu lokasi pertamanya di Malaysia yg di buka pada tahun 1982


Dalam meraikan Bulan Kemerdekaan juga,  McDonald's Malaysia memperkenalkan menu Nasi Lemak McD,  iaitu hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia dengan versinya yang tersendiri.




Hidangan Nasi Lemak McD,  disajikan lengkap dengan nasi bersantan yang wangi,  ikan bilis ranggup, timun segar , telur gorang berserta sambal pedas.  Pelanggan juga bole menikmatinya dengan menambah Ayam Goreng McD .

Nasi lemak McD kini bole didapati di semua restoran McDonald's di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald's,  24 jam sehari.  Set Nasi Lemak ini berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan di sajikan dengan Milo Ais.  Di waktu lain,  harga yang ditetapkan ialah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau,  manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald's yang menarik bulan ini,  bole layari
www.mcdonalds.com.my

McDonald's Malaysia juga telah memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org  supaya Nasi Lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia,  dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia pada 16 September. Bagi yang ingin turut serta dalam petisyen ini,  bole layari http://chng.it/LDfjGDJsQs



Salam sayang,

Comments

  1. Adoiiilaa...kenapa nampak sedap sangat tu. Balik koje nanti nak kena order gak ni

    ReplyDelete
  2. terbaik la mekdi.
    suka plak dgn 'mekdi' tu.
    sungguh ia menjiwai bahasa malaysia, kan.
    asyik memelayukan bahasa luar, now, perkataan luar berjiwa melayu plak.
    baru lah syok!!!
    nasi lemak mekdi. lom try. sebab kalau masuk mekdi, chicken burger is always my choice.

    ReplyDelete
  3. Kena p mekdi pagi..boleh dpt air milo dan harga pun murah..xsabar nak sarapan kat mekdi..thanks sharing..

    ReplyDelete
  4. Hihi comel je tukar nama Mekdi. Lebih mesra untuk rakyat malaysia yang gemar makan mcdonalds. Yaya suka ayam goreng dia!

    ReplyDelete
  5. wahhh sebulan je sampai 13 juta pelanggan! Memang patut lah Mekdi sayang Malaysian. Comel sangat tau tukar nama jadi mekdi, tanda penghargaan kepada rakyat malaysia

    ReplyDelete
  6. Ramai cakap nasi lemak mekdi kali ni lagi sedap berbanding yg sebelum ni. Hmmmm ni yg terliur nak makan nasi lemak mekdi ni. Lapar pulak tengok gambar nasi lemak tu

    ReplyDelete
  7. Mekdi ni panggilan di Mcd Lot 10 saje kan? Konfius pulak org luar tengok jenama lain nanti 😅. Anyway nasi lemak mcd sedap. Portion memang banyak n puas hati rasanya

    ReplyDelete
  8. Mula-mula kita ingat ini nama orang Kelantan panggil MCD tapi memang betul nama kat Malaysia dikenali dengan lebih mesra penduduk setempat Mekdi hehehe nice comel dan juga menarik.... Kita paling suka sekarang Nasi Lemak sedap gilerr....

    ReplyDelete
  9. Mekdi Mekdi! Cute je nama baru ni kan. Senang nak sebut. Hehe.

    Aduh, terliur tengok. Ruby belum cuba lagi nasilemak yang mekdi punya ni.

    Kalau pergi nanti, nak order yang 2 ketul punya sekali teh Ais Limau. Hahaha. Tamaknya saya

    ReplyDelete
  10. akhirnya mcd malaysia mengambil inisiatif untuk menamakan mekdi sebagai pilihan. kini bahasa budak wechat digunapakai untuk nama baru mcd. barulah rasa dekat dgn malaysia bila namanya di mekdi kan begitu.

    ReplyDelete
  11. Sedap tak nasi lemak Mcd tu?
    Saya tak try lagi..
    Lagipun duduk mersing takde Mcd..
    Nanti kalau turun ke JB ke bolehlah mencuba..

    ReplyDelete
  12. Panggilan mekdi dah biasa kita sebut dan guna dalam mesej. Comel pula mereka buat signboar besar tulis mekdi. Walaupun satu cawangan je ada signboard tu. Jadi instagramabble place utk bergambar kan kak. Nanti nak pi utk bergambar hahaha

    ReplyDelete
  13. Wahhh... menariklah McD buat macam ni. Mekdi, comel gila, dah macam localised pulak. Banyak inisiatif Mekdi nak traik perhatian rakyat Malaysia. Siap dengan nasi lemak lagi.

    ReplyDelete
  14. haha.. macam comel je signboatd bertulis Mekdi tu.. lain dari yang lain je kan.. TB tak pernah sebut Mekdi sdbelum ni.. memang selalu kalau text pun tulis McD jugak.. heee

    ReplyDelete
  15. Makan tak ajak kita pun tau. kena g makan jugak nasi lemak Mekdi ni.. sbb Liez suka ada ayam yang sedap. terliur pulak tgk kak mieda makan tu.. nnt nak g beli jugak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat liez ada kat situ sekali...xpa2 lain kali kita roger2..ok

      Delete
  16. Oh yes! I like it, MEKDI and also their new menu Nasi Lemak memang sedap. Sambal nyer cukup kaw.

    ReplyDelete
  17. hahahhaha...mekdi...paling senang nk sebut dar mcd...tahniah mcd terima perkataan mekdi orang malaysia....mmg mudah nk tulis dan sebut..

    ReplyDelete
  18. Kita tak singgah lagi McD bukit bintang selepas rebranding ni. Nampak stylo pulak kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag