Skip to main content

KARNIVAL MAKANAN TRADISI RAKYAT MALAYSIA - SATU RINGGIT SATU RASA


Assalamulaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini k mid nak share mengenai Karnival makanan tradisi rakyat Malaysia "Satu Ringgit Satu Rasa".
Apa itu "Satu Ringgit Satu Rasa" nie kak mid???
Satu Ringgit Satu Rasa nie adalah satu inisiatif bagi mempromosi serta mempopularkan makanan tradisi rakyat Malaysia.
Para pengunjung tempatan serta para pelancong berpeluang merasai makanan tradisi rakyat Malaysia seperti Nasi Kerabu,  Nasi Dagang, Satay,  Nasi Lemak, Roti Canai, Laksa, kueh mueh serta menikmati minuman kegemaran seperti teh tarikair buah-buahan Malaysia seperti buah Mangga, Jambu Batu, Tembikai dan Nenas dengan harga satu ringgit bagi setiap satu pilihan makanan atau minuman.
Bestkan???
Satu Ringgit aje...macam tak percaya...😃 tapi percayalah.....

  • Lokasi pertama  :  Perkarangan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic),  Kuala Lumpur
  • Tarikh    : 27 Februari hingga 1 Mac 2020  
  • Masa      :   9.00 Pagi hingga 10 malam


Ini gambaran sahaja : antara makanan dan kueh yang akan di jual nanti
Selain dari merasai makanan dan minuman,  pelbagai aktiviti lain juga telah diatur antaranya pertandingan membancuh teh(teh tarik),  mengubah buah-buahan,  mengupas nenas serta demostrasi masakan.

Karnival Satu Ringgit Satu Rasa ini juga akan menjelajah ke negeri-negeri lain selepas ini .

Majlis Pra Pelancaran dan sidang Media pada 30 Januari 2020 baru-baru ini.

Macam tak sabar pulak k mid nak pergi,  mesti penuh tangan kan. Rm10 dah dapat 10 jenis..😍
Jadi jom ramai-ramai memeriahkan Karnival Makanan Tradisi Rakyat Malaysia - Satu Ringgit Satu Rasa.

#SatuRinggitSatuRasa
#MakananTradisiRakyat Malaysia


Salam sayang,



Comments

  1. menarik ni. nanti kalau ada kat Kuala Lumpur masa ni boleh la nak join. pergi dengn kawan-kawan lagi meriah.

    ReplyDelete
  2. Kalau kata rm1 sahaja, woww murah gile gile..mana nak dapat rm1 semua dapat rasa...kalau dekat boleh pi ni...tapi kotlah terlajak ke sana, boleh lee pi hehehe

    ReplyDelete
  3. Yeay. Rawlins nak ajak kengkawan dari luar negara ke karnival nie - biar depa merasa makanan tradisi kita kan

    ReplyDelete
  4. So cheap nye.. rm1 bagi setiap makanan..

    ReplyDelete
  5. Nad pun tak sabar nak pergi.. Dahla rm1 je.. Huuishh kene save date ni.. Menarik sangat tu.. Memang takkan lepaskan peluang.. Boleh rasa pelbagai makanan

    ReplyDelete
  6. Ya masa inilah kita bole merasai pelbagai jenis masakan dgn nembelinya pada harga RM1 jadi lain kali bole beli kuantiti lebih besar jika dah rasa sedap.

    ReplyDelete
  7. muRAH DAN BERBALOI..kalau RM1 sangat rugi kalau saper kat sana and cuba sendiri makanan yg ditawarkan

    ReplyDelete
  8. murah sgt sgt ni haa.. RM1 kot! payah dh nk dapat menu makanan harga yg mcm ni. sedap plak nmpk tu

    ReplyDelete
  9. Kita pun tak sabar nak pergi..nanti ajak le kita ekk..leh gi sama2. Ada geng ni syiok sikit

    ReplyDelete
  10. Untung la dapat beli makanan pada harga RM1. Cuma kalo kuih rm1 mahal la hahah..tapi serious camni la cara nak promote makanan kita.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag