Skip to main content

TAHUKAH HAK ANDA SEBAGAI PEKERJA JIKA ANDA DIBUANG KERJA OLEH MAJIKAN ANDA

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini k mid nak cerita sikit tentang dunia pekerjaan  walau pun telah hampir 6 tahun meninggalkan pekerjaan tetap di Syarikat Swasta, namun pengalaman bekerja  sebagai Pegawai Sumber Manusia satu ketika dahulu membuat k mid rasa ingin berkongsi cerita tentang hak-hak pekerja supaya kita lebih peka dan tidak di ambil kesempatan oleh segelintir Majikan yang tidak perihatin.

Sebagai pekerja kita mesti tahu apakah hak-hak kita sebagai pekerja,  jangan sampai kita ditindas oleh majikan yang  rakus mencari keuntungan semata-mata dan hanya  menjaga kepentingan syarikat mereka aje hingga mengabaikan kebajikan pekerja..

Dalam situasi sekarang dimana dunia dilanda pandemik Covid-19,  pelbagai masalah timbul dimana  , gaji pekerja tidak dapat di bayar, ada yang gaji di potong,  elaun juga di potong, diberi cuti tanpa gaji (Unpaid leave),  di suruh bekerja dari rumah tetapi yang lebih malang lagi jika dibuang kerja terus oleh majikan.

Tidak kira korang bekerja sebagai apa?,  pekerja sepenuh masa ke? part time ke? kerja kontrak ke? gaji kecil atau gaji besar ke ? .semuanya di lindungi oleh undang-undang di bawah Akta Pekerjaan.  Jangan sampai pekerja diperlakukan sesuka hati oleh majikan di sebabkan pekerja tidak tahu hak-haknya.

Sebelum itu,  sebagai pekerja kita kena tahu kita dikategorikan di bawah Akta Kerja 1955 atau dibawah Akta Perhubungan Perusahan 1967??

  • Mana-mana pekerja di bawah gaji RM2000 (gaji pokok/basic), pekerja manual (gaji hari) mereka ini dikategorikan di bawah Akta Kerja 1955.  Pekerja-pekerja di bawah gaji RM2000 ini,  jika rasa diri teraniaya,  di mana merka telah di buat pemotongan gaji,  di beri unpaid leave atau diberhentikan kerja tanpa menerima apa-apa faedah penamatan,  bolehlah membuat laporan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) supaya tindakan boleh diambil ke atas majikan yang berbuat demikian.  Kes-kes seperti ini boleh di bicarakan di Mahkamah Buruh.  Yang penting bila berurusan dengan JTK ialah pekerja perlu mengemukaan Surat Kontrak Pekerjaan (Appointment letter) dan lain-lain bukti kukuh seperti surat pemberhentian kerjasurat notis pemotongan gaji dan lain-lain surat berkaitan. Ini bagi membolehkan ianya dijadikan rujukan kerana pekerja tertakluk di bawah kontrak perkhidmatan.

  • Bagi pekerja gaji diatas RM2000,  pekerja ini tidak dilindungi di bawah Akta kerja 1955 sebaliknya mereka dilindungi di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 jika pekerja teraniaya tetapi hanya untuk kes pembuangan kerja secara tidak adil atau pembuangan kerja tanpa sebab. Mengenai isu pemotongan gaji dan unpaid leave pula,  mereka boleh membuat lapuran di JTK dimana Ketua Pengarah JTK boleh mendengar aduaan pekerja yang bergaji atas RM2000 hingga yang bergaji tidak lebihi RM5000.  Pekerja juga mempunyai pilihan untuk membawa isu pemotongan gaji ke Mahkamah Sivil.

Diwaktu Covid19 nie boleh ke majikan memotong gaji pekerja atau memberi Cuti Tanpa Gaji pada pekerja??

Pekerja tidak boleh diberi Cuti Tanpa Gaji (Unpaid leave), memotong gaji atau memberhentikan pekerja sesuka hati tanpa alasan yang munasabah.  Jika perkara ini berlaku juga,  di nasihatkan
pekerja mula-mula sekali,  jangan tandatangan  apa-apa surat yang diberi oleh majikan mereka sebaliknya menghubungi dahulu JTK  bagi mendapatkan khidmat nasihat pegawai JTK.

Dan perlu kita tahu, diwaktu PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan,  kerajaan telah memperkenalkan Program Subsidi Upah kepada majikan jadi majikan mendapat inisiatif bagi mengurangkan bebanan syarikat.

Apa itu Program Subsidi Upah??

"Program Sunsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja.  Tujuan Program Subsidi Upah ini ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan."

Majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini,  disyaratkan mereka untuk mengekalkan  pekerja mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan iaitu 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.



Kesimpulannya :-
Sebagai pekerja,  kita kena ambil tahu mengenai hak-hak pekerja dan Majikan pula tidak boleh membuang pekerja tanpa sebab yang munasabah biarpun ada peruntukan penamatan kerja dalam kontrak.
Pekerja berhak diadili terlebih dahulu dan mengetahui kenapa diberhentikan.  Jika tiada alasan yang munasabah kenapa ditamatkan kontrak pekerja,  maka pekerja boleh segera membuat tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja(JTK) untuk di kembalikan ke jawatan asal.

Salam sayang,

          

Comments

  1. Tq for sharing..👍👍👍

    ReplyDelete
  2. good sharing kak mid. kawan bae baru kena buang keja. nanti nak forward untuk rujukan dia. thanks kak

    ReplyDelete
  3. Ya allah. Sharing yang bagus. Sisyat takde ilmu dalam bab ni cuma teroma je laa apa kata majikan 😅

    ReplyDelete
  4. Info yang bagus untuk pekerja berkenaan. Kekadang majikan buat ikut suka je kan?. Moga dipermudahkan buat mereka yang teraniaya.

    ReplyDelete
  5. sebagai pekerja kita kena tau hak2 kita. tak ramai yang ambil tahu. good sharing

    ReplyDelete
  6. This is a valuable information. I need to bookmark this post. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. Sangat bagus perkongsian ini.
    Risau juga gaji bulan 4 ini ada ataupun tak. Kalau tak maka perlulah lakukan satu tindakan.

    ReplyDelete
  8. Penting utk.kita tahu hak.kita sebagai pekerja kan. Terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  9. Ramai orang tak sedar akan hak dan apa yang mereka ada boleh rujuk untuk pastikan bahawa mereka tidak terinaya dengan majikan.. Bagus perkongsian ini sangat berguna untuk pekerja bawahan...

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yang bagus. Pekerja di sesebuah organisasi memang patut tahu apa hak mereka jika diberhentikan oleh majikan secara tiba tiba supaya tidak ditindas.

    ReplyDelete
  11. betul, info ni semua pekerja kena tahu supaya tahu hak masing2. thanks info

    ReplyDelete
  12. Kesian juga yang berkerja gaji hari, dengarnya tak de gaji kalau tak kerja.. harapnya majikan boleh pertimbangkan hal macam nih.. jgn sampai buang pula

    ReplyDelete
  13. Baru tau gak ni lepas baca..Sis simpan ilmunya untuk anak dan Suami..boleh nanti share pada kengkawan Sis yang bekerja..thanks Kak..

    ReplyDelete
  14. Good sharing ni.
    Ari tu time masters, aida amik subject Employment Law ni. Byk sebenarnya angle tersirat dlm pekerjaan ni.
    Relationships between majikan & pekerja. Pekerja kena hadam Akta tu. Jgn amik mudah!

    ReplyDelete
  15. Sebagai pekerja mmg kita kena amik tahu psl info ni sbb bkn semua pekerja yg tahu hak mereka lbh2 lg masa tempoh PKP ni mmg byk dugaan

    ReplyDelete
  16. Bagus nya info ni, za pun taktau akta2 ni masa muda dulu. Kalau tahu, byk la company kena saman. Huuuu amk ksmptan kt ank muda

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing! Now only I know ~ because i work on my own~

    ReplyDelete
  18. Macam mana ea dengan saya yang ditamatkan kontrak sbb tersekat di kg sepanjang pkp 2021 ni.

    ReplyDelete
  19. Saya bekerje dlm tempoh 2 minggu.
    Dan sy memohon surat untuk permohonan pergerakan semasa tempoh pkp terbaru. Ini... tempoh lockdown .smngu dan tokei bagi tahu sekarang kerja bahagia sy sudah habis pangil saya jgn stng lagi ..nanti dia akan info balik.
    .bila ..tiba waktu kemasukan gaji...tokei ckp u xdak dtng ..sini kerja ..dlm tempoh smnguu u sudah terminate...dan x kan di bayyar gaji..adakah ..ada ..pembelaan untuk diri sy disini

    ReplyDelete
  20. Terima kasih,harap2 dpt pampasan

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag