Skip to main content

Tempat Makan di Temerloh : Restoran Go' Bang Maju Tol Patin Tempoyak


 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ke 2 di Temerloh,  singgah makan tengahari di  Restoran Go'Bang Maju Tol Patin Tempoyak.  Restoran ni terletak di jalan besar ke Pekan Temerloh dan dekat dengan Tol Temerloh. Dari tepi jalan boleh nampak restoran ini,  dengan tempat parkir yang luas di sediakan di hadapan restoran.

Melihat pada namanya  Go'Bang..k mid pun bertanyalah pada pekerja di situ...kenapa nama Go' Bang??   Rupanya pemilik restoran adalah anak yang sulong di panggil abang...jadi Go'Bang bermaksud terus maju bang😍

Ketika kehadiran k mid dan rakan-rakan di sini,  walaupun hari Isnin..kelihatan banyak pelanggan sedang menjamu selera. Apa yang ada dalam fikiran k mid mesti masakan dia sedap sebab tue ramai yang berhenti singgah di sini.

Sop tetap dipraktikkan...kelihatan anggota RELA  untuk memantau

Restoran ini menggunakan konsep ambil makanan dan minuman sendiri menggunakan troli yang disediakan...ala- ala IKEA giteww.. 

Lepas pilih makanan yang korang nak makan atau bungkus...sila ke kaunter untuk buat pembayaran.  Kaunter pembayaran juga berkonsep Tol Highway...Korang boleh pilih nak bayar di Tol mana?...Tol Gombak ada, Tol Bentong ada, Tol Karak pun ada & Tol Temerloh pun boleh😆😆 Sempoikan😁

Selain dengan Masakan Tempoyak Ikan Patinnya yang sedap tue, restoran ini ada menyediakan menu-menu lain seperti Pais ikan Patin, Gulai Pucuk Ubi, Masak asam pedas, Masak lemak chili api udang galah,  Ikan Talapia goreng, kerabu, ulam-ulaman dan lain-lain. Mee udang pun ada juga..tapi ini sajian waktu petang hingga malam jadi tak sempat lah rasa.




Ini Pais ikan Talapia..sedappnye

Minuman pula ada yang spesial di sini iaitu Air Jagung Special, Air Bandung Special dan Air Keladi SpecialCendol juga terdapat di sini. Selain itu pencuci mulut seperti kek juga terdapat di sini.





Produk-produk makanan ringan dari industri kampung seperti kerepek ubi, kerepek pisang, kueh bahulu juga terdapat disini. Pendek kata....senang jer...boleh beli semua di sini..tak perlu cari-cari di tempat lain lagi.




Menu Makanan k mid dan rakan-rakan untuk makan tengahari di sini kali ini adalah Patin Tempoyak, Pais Talapia Bakar, masak lemak pucuk ubi, masak asam batang keladi, ulam-ulaman berserta sambal belacan.

Kesedapan Masakan Tempoyaknya memang tidak boleh di nafikan..k mid paling minat Pais Ikan Talapia Bakarnya.

Apa lagi k mid, bertambah-tambahlah makan😆
Jadi...betullah sangkaan k mid...sebab masakan sedap dan kepelbagaian menu membuat ramai yang berhenti untuk menjamu selera disini.
Korang kalau sampai Temerloh tue bolehlah cuba. K mid bagi 4/5 💥💥💥💥
K mid & geng...sampai ada bungkus  bawak balik tau...

📌 Alamat : Lot 5086, Kampung Raja
28000 Temerloh, Pahang
Tel : 019 9569696
Waktu Operasi  : 10 pagi - 9.30 malam (setiap hari)

#temerlohunlimited #temerlohbandarikanpatin
#temerlohtitiktengahsemenanjung
#exploretemerloh2022

Salam sayang,

Comments

  1. Harga bagi sepotong baung tempoyak berapa?

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...