Skip to main content

BUFFET RAMADHAN DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA

Assalamulaikum dan salam 14 Ramadhan
Macamana semua ??   harap-harap semuanya masih segar-segar di bulan puasa nie... tak da yang ponteng puasa kan...orang pompuan tak pa lah kan...hehehe

Hari nie k mid nak cerita pasal Buffet Ramadhan ..tapi kali nie buffet Ramadhan yang k mid hadiri...nun jauh di selatan tanahair iaitu di Lotus Desaru Beach Resort and Spa di Kota Tinggi, Johor.
Jauhkan......
Kebetulan k mid dan beberapa rakan mengikuti Fam Trip  bersama agen-agen Pelancongan Malaysia dan Singapora serta Majlis Dailog bersama Menteri pelancongan.


 Sedikit  info mengenai Lotus  Desaru Beach Resort & Spa

Resort ini terletak di daerah  Kota Tinggi, Johor..kira-kira 5km  dari Desaru Coast Advanture Water park dan 7km dari Muzium Nelayan Tanjung Balau. Jika dari Johor Bharu kira-kira 1 1/2 jam permanduan menggunakan kereta.  Jika dari Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira 4-5 jam  menggunakan lebuh raya Utara Selatan.

Mempunyai 700 bilik dengan konsep apartment dengan 1,2,3 & 4 bilik dan juga Pent House (VIP Suite) dengan kemudahan wi fi, Tv dengan 27 channels, elektronic lock set, hair dryers.

Lain -lain fasiliti yang terdapat di sini seperti Waterpark,  Spa, Sea sport aktiviti seperti Parasailing, Jet ski, Banana boat, Pipe tube, Boat Ride dan Fishing Trip.  Aktiviti indoor juga terdapat di sini seperti table tennis, chess/checker, snake ladder, carrrom.


Sebab sekarang nie bulan Ramadhan,  jom kita jengah dulu pasal Buffet Ramadhan di sini ya.

Buffet Ramadhan di Teratai Cafe, Lotus Desaru Beach & Spa
Nie dia Teratai cafe


Pelbagai  Juadah di sediakan,  seperti Nasi Beriani dan hidangan tradisional yang lain. Menu-menu lain seperti Kambing bakar, Sambal udang, Ayam goreng mamak, Gulai Masak Chili Padi,  Lala masak masam manis, otak2, satay dan nasi himpit,





Di bahagian masakan India,  terdapat roti canai, thosai dengan kari ayam dan dhal...memang sedap roti canai di cicah  kari ayam dan dhal...hingga ada yang boleh makan sampai 3 keping..hahaha
Thosai dan Chutney memang tak bole cakaplah.... jadi taklah teringat-ingat yang selalu makan  dekat kedai mamak tue kalau masa bukan bulan Ramadhan. Jadi kak mid memang rekomen sangat lah cuba roti canai dan thosai di sini...sure bole makan lagi walaupun dah kenyang makan nasi 😀😀



 
Teh tarik di sini pun sedap...di sediakan bila kita minta...macam di gerai .
Pencuci mulut pun sedap-sedap belaka
 
Ice kacang pun best!!!!

Pasti rasa nyaman dan selesa,  sambil berbuka puasa dengan menikmati pemandangan laut pantai Desaru yang putih bersih.


apalagikan... berselfilah dulu kt pantai😀😀

Harga pun amat-amat berpatutan dan pasti puashati dengan pelbagai makanan yang enak.

Harga   :  RM58  (dewasa)
                RM29  (Kanak-kanak 4-12 tahun)

Untuk pertanyaan dan Tempahan ,  sila hubungi :
Telephone  :  07 - 8842800 sambungan 1966/1882
Email         :  rsvn@lotusdesaru.com

Alamat  :   
  Teratai Cafe
                     Lotus desaru Beach Resort and Spa
                     Lot 1854,  Jalan Desaru, Bandar Penawar
                     81930  Kota Tinggi , Johor
Salam sayang,



Comments

  1. Nyum... Nyum... Dapnyerrr... Masih teringat-ingat lagi dengan kambing grill die..hehe..

    ReplyDelete
  2. Memang sedap, kerana dengan tekak kita semuakan.

    ReplyDelete
  3. Cafe ini mempunyai seafood yang segar dan enak. Seafood yang segar perlu dihantar dengan cepat menggunakan lori makanan sejuk beku ke tempat destinasinya. Saya sangat berpuas hati dengan makanan mereka dan akan pergi lagi jika ada peluang! Terima kasih dengan post ini and keep writing!

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag