Skip to main content

DADIH PERISA OREN DAN BUAH LYCHEE

Assalamualaikum...

Ramadhan ke 4

Hari nie nak masak apa....hari nie nak buat dessert apa...nak buat air apa?  nielah mak-mak sentiasa fikir walaupun duduk kat rumah.  Tahun nie rasa senang sikit kut..k mid dapat rehat sikit di bulan puasa nie...bole masak untuk berbuka,  bole pergi terawih..bole bangun lambat lepas subuh...best..best...
so..arinie k mid decide nak buat lagi satu dessert yang senang dan yang paling penting anak-anak suka.
Kak mid rasa kak mid sama aje dengan mak-mak yang lainkan...akan masak benda yang anak-anak dan family suka ...tak gitu???

Jadi hari nie k mid buat DADIH...
Bila buat dadih nie teringat anak-anak masa sekolah-sekolah dulu.....selalu dekat sekolah ada jual ..kalau tak silap satu bekas RM1...kalau beli satu tak cukup pulak...balik diorang suruhlah k mid buat dadih nie...siap bawak sekolah jual kat kawan-kawan pulak😀😀

Bahan-bahan buat dadih dah ada...seperti biasa beli di SEGIFRESH
BAHAN-BAHANNYA
1  Paket serbuk buah-buahan dadih (tak kira jenama apa2 pun bole, beli kat Segifresh  jimat)
1  tin buah Lychee tin (k mid guna jenama SEDAP dan jenama IKAN)
1 tin Krimer Sejat (K mid guna jenama TRADER'S CHOICE)
2 Sudu besar gula pasir
3000 ml air

CARA-CARANYA
1.  Didihkan 3000ml air bersama krimer sejat dan gula pasir

selalu di kacau ya..sampai mendidih

2.  Sesudah campuran tadi mendidih,  masukkan campuran serbuk dadih tadi dan gula buah yang ada di dalam paket tersebut dan di kacau sampai sebati..lepas tue tutup api.

Mana yang tak tahu tue yang paket kecik tuelah gula buah..
kacau smpai sebati tau
3. Sementara tue, potong buah Lychee kecik-kecik dan letak dalam bekas.

buah lychee yangtelah di potong2


4.  Tuangkan campuran tadi ke dalam bekas.  Biarkan sejuk sebentar, kemudian letak dalam peti sejuk.
Satu paket bole dapat dalm 50 bekas kecil...puaskan makan...

Seronok anak-anak, bila buka peti sejuk penuh dadih....makan sejuk2 memang best😀😀
K.mid dah cakap,  senangkan buat dadih...gerenti anak-anak suka ...so  suri-suri rumah yang bekerja tue janganlah cakap tak sempat nak buat. Senang sangat nak buat nie,  bahannya pun tak banyak..yang penting beli di Segifresh gerenti jimat!!!

Cuba jenguk2 kat Segifresh market kalau tak percaya murah. Lebih senang bukak IG dan FB diorang...banyak promosi barangan kat situ💛💛
 

Bye..Selamat mencuba

Salam sayang,




Comments

  1. Wah.memang senang buat kak dulu pun rajin buat utk anak2, mcm2 perisa ada klu pandai campur dgn bahan lain bg default.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag