Skip to main content

FAM TRIP BERSAMA AGEN-AGEN PELANCONGAN MALAYSIA & SINGAPORE DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Riangnya rasa hati bila dapat undangan untuk ke Lotus Desaru Beach Resort & Spa.  Sebelum nie dapat undangan ke Desaru Coast tapi tak dapat nak join sebab masa tue k mid sedang bercuti di India. Bila dapat undangan nie memang k mid tak menolak walaupun dalam bulan puasa.

Lotus Desaru Beach Resort & Spa " The Resort for all Reasons"

Perjalanan kami bermula dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menaiki bas MaraLiner dari TBS ke Bandar Penawar .  Perjalanan bermula jam 9.30 pagi

 

Harga Tiket bas TBS ke Bandar Penawar RM39.90  (MaraLiner)
Harga Tiket bas Bandar Penawar ke TBS RM39.90 ( MaraLiner)

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam, memandangkan kami berenam dan ada 3 orang lagi yang menaiki bas nie ...semuanya berpuasa jadi bas hanya berhenti 15 minit jer untuk toilet break di perhentian kecil aje.  Jadi kami sampai di Hentian bas Bandar Penawar kira-kira pukul 2.30 petang.  Bolelah rehat sekejap sebelum berbuka puasa.
Sampai aje di Terminal Bas Bandar Penawar kami di jemput oleh pihak resort,  maka jadi mudahlah bagi kami,  tidak perlulah cari teksi lagi.
Pihak Lotus Desaru Beach Resort & Spa memang menyediakan perkhidmatan menjemput pelanggan dari Terminal Bas Bandar Penawar dengan harga yang minimum sahaja. Kalau guna perkhidmatan teksi anggaran harga (rm10-rm15) sahaja. Jarak pun tak jauh kira-kira 4 km.

Sampai di sana...wah k mid lihat kawasan resort nie memang besar.  Sesuai sangat dengan slogan "The Resort for All Reasons" kerana fasiliti yang lengkap dan banyak aktiviti bole di lakukan di sini seperti yang minat sukan air tue bolelah main banana boat, jet ski, parasailing, pipe rider dan fishing trip. Yang paling best resort nie ada water park sendiri dengan pelbagai mainan seperti aqua play,  grotto, lagoon pool, lazy river, falling coconut dan relaxing gazebo.

Selain dari itu,  perkhidmatan Massages & Spa turut di sediakan. Macam-macam pakej di sediakan seperti Bamboo Revitalize, Traditional, Fusion ,Abhyanga , Scalp dan Shoulder. Body Scrub & Wrap serta Manicure & Pedicure juga terdapat di sini.

Macam-macam pakej juga terdapat di sini seperti Pakej Honeymoon, Pakej Meeting, Pakej Birthday serta lain-lain pakej pun bole di sedia ikut keperluan pengunjung.

 Untuk maklumat lanjut tentang penginapan, aktiviti dan pakej  bole  di dapati :-
 website   : www.lotusdesaru.com

 Tel  : 607 8842800       Fax  :  607 8842998
  Email  :  rsvn@lotusdesaru.com

Alamat   :  Lotus Desaru Beach Resort & Spa
                        Lot 1854,  Jalan Desaru Bandar Penawar, 
                  81930 Kota Tinggi,  Johor. Malaysia
  
Lotus Desaru "SPLASHTACULAR" Water Park

Archery dan Paintball pun ada di sini
Ini pula Mini Zoo



Lotus Suria Spa. k mid dah cuba....korang bila lagi????













Jom kita check in dulu dan lihat penginapan kami.....



 Setelah selesai urusan Check in,  Buggy car dah sedia membawa kami ke Blok C,  sebab Apartment kami di situ,  kalau nak jalan kaki memang penat jugak lah...

Nielah Apartement 3 bilik kami.








Disini ada beberapa jenis penginapan yang di tawarkan antaranya Apartment dengan 1 bilik, 2 bilik , 3 bilik, 4 bilik dan Pent House (VIP Suite).
Kesemua Apartment di sini di lengkapi living dan dining room  juga kitchenete, rasa seperti berada di rumah sendiri.

Lain2 kelengkapan seperti penyaman udara, pengering rambut,  wi-fi percuma, peti sejuk, microwave, Tv dengan 27 channels, set kunci Elektronik dan lain lain lagi.



view dari apartment kami
Setelah dapat melelapkan mata seketika...petangnya pula,  kami berbuka puasa di Teratai Cafe.

Pemandangan sewaktu berbuka puasa di Teratai Cafe

BOLE LIHAT REVIEW BUFFET RAMADAN DI SINI


Hari ke 2
Seawal 4.00pagi kami bangun dan siapkan diri ke Teratai Cafe untuk bersahur,  kemudian selesai bersahur lepas solat subuh sambung tidur kembali,  kerana acara rasmi akan bermula jam 10 pagi

10.00 pagi bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya YB Datuk Mohamaddin Bin Ketapi  untuk majlis perasmian dan sesi dailog bersama agen-agen pelancongan Malaysia dan dari Singapura.
 



wakil kepada Menteri Pelancongan, Kesenian & Budaya Datuk Musa Yusof (Director General Of Tourism Malaysia) berucap dan merasmikan majlis
 

Selesai sesi pembentangan dan dailog,  para-para jemputan di bawa untuk melihat sendiri bilik-bilik penginapan di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.
Kemudiannya para tetamu di bawa ke sebuah lagi resort iaitu Lotus Seaview Beach Resort & Spa di Pengerang.   Jarak dari Lotus Desaru Beach Resort  & Spa ke sini kira-kira 25km dan anggaran pemanduan selama 15 minit.
 
 Kami semua mendapat peluang melihat dengan lebih dekat lagi jenis-jenis penginapan yang ditawarkan di sini antaranya :-

*   2 Bed room Suite Ocean
*   Superior King (View)
*   Superior (King)
*   Deluxe King (View)
*   Deluxe King
*   Standard King



Kawasan tepi pantai ini sangat sesuai untuk gathering BBQ bersama keluarga


Pemandangan di sini sangat indah dengan mengadap laut China Selatan.
Untuk maklumat lanjut  sila ke web site  : www.lotusseaview.com.my

Alamat  :  Lotus Seaview Beach Resort Sdn Bhd
                 Tanjung Punggai,  Sungai Rengit
                  81620  Pengerang, Johor. Malaysia

Tel   :   607 8781881   Fax  : 607 8781818

Selesai sesi lawatan ke Lotus Seaview Beach & Spa  Pengerang ,  kami kembali semula ke Lotus Desaru Beach Resort & Spa untuk Majlis Berbuka Puasa dan Majlis penyampaian sumbangan bersama wakil Menteri pelancongan, Seni dn Budaya kepada Asnaf dan orang kurang upaya(OKU) bertempat di Grand Ballroom.





 
Penganugerahan sijil Pengiktirafan Bess oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor  kepada Chef-chef Lotus Group juga di adakan.  Persembahan nyanyian dari Orang kurang upaya(OKU) serta kanak-kanak dari  PDK Bandar Tenggara turut memeriahkan Majlis.

Para tetamu di sajikan dengan makanan yang enak-enak dari pihak resort.




Ucapan terimakasih kepada Lotus Desaru Beach Resort & Spa atas undangan ini. Majlis selesai kira-kira jam 10.00 mlm.

Salam sayang



Comments

  1. Ok.. Standby utk next trip

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..k mid sentiasa stand by tuk next trip...harap2 dapat gi kepulauan Annabass pulak :))

      Delete
  2. Lotus Desaru Beach Resort & Spa. nampak best untuk penginapan dan makanan. Will bring my children there to stay on our next trip to Legoland.

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat trip sebegitu dengan rerakan.
    Dah baca banyak review pasal Lotus Desaru nie - macam nak pergi gak bawa saudara mara kelak.
    Yang penting yang kurang upaya pun turut diraikan bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat bawak family sini mmg best..k mid pun nak repeat bawak family sekali

      Delete
  4. Terima kasih kerana memberi review yang terbaik. Harga ke sana tidak terlalu mahal dan tempat yang menark dan mendamai fikiran.

    ReplyDelete
  5. The Desaru Hotel look nice and clean. Seem they hv water park. Have not explore Desaru but will consider this.

    ReplyDelete
  6. Ok ena nak sangat pegi check in sana. Dah masuk dalam wishlist n hope dapat pegi nanti ada waterpark tu yang seronok. Lama tak pegi bandar penawar. Last masa zaman sekolah.haha.

    ReplyDelete
  7. halah.. kakkkkkkkkk.. best nya !! salah satu wishlist kalau ke Johor ni.. hee~ masa nak ke sana jek belum ada, lain2 dah siap sedia..

    ReplyDelete
  8. Amboi seronoknya dia bercuti ehh. Nad tak oernah lagi menginap dekat Desaru atau Pengerang. Pernah stay dekat JB je. Tengok macam menarik tempat-tempat ni. Nice sharing awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala lepaklah dekat pantai pulak

      Delete
  9. Seronoknya dapat berjalan2. Kita tak pernah sampai Desaru. Teringin nak bawa famili ke sini satu hari nanti

    ReplyDelete
  10. apartment tu homy sgt klu bwk mak meti dia suke ahhaha sbb bole msk2 kn btw i bet sunset kat sini mesti cantik! tgk kat gmbo pun dh nice giler!

    ReplyDelete
  11. desaru memang lawa kot , tapi memang belum pernah sampai ...next time nak buat list cuti2 malaysia nak masukkan desaru jugak sebagai destinasi percutian ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantai dia putih..bolehlah tenanglan fikiran :)

      Delete
  12. Pengerang ni belah kota tinggi ekk?
    Sy tak berapa tahu sangat. Tapi belah kota tinggi ada laut yang cantik permandangannya.
    Sy tak pernah lagi pergi walaupun duduk di Mersing..

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag