Skip to main content

RUMAH MAMPU MILIK (BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA)

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Memiliki "Rumah" sendiri adalah idaman setiap orang di mukabumi ini.. betul tak??
Tak kiralah rumah yang macamana jenisnya yang penting rumah tempat kita berlindung dari hujan dan panas.
Rumah atau kediaman termasuk dalam keperluan asas manusia selain makanan, air dan udara.

Dah kenapa....k mid skema pulak citer pasal rumah???? 😂😂

Pasal  Kak mid nak storylah sikit pada siapa-siapa yang berhasrat nak beli rumah  tentang rumah mampu milik di Sitiawan, Perak.
Baru- baru ini k mid telah mengikuti Media Trip ke Manjung dan berpeluang melihat sendiri perkembangan pembangunan projek Perumahan Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) di sana.

Projek perumahan Bandar Baru Setia Awan Perdana(BBSAP) ini adalah projek di bawah syarikat pemaju iaitu Taraf Nusantara Sdn Bhd iaitu syarikat pemaju perumahan di Perak  yang mengkhususkan dalam pembinaan rumah mampu milik.


Mengenai Taraf Nusantara Sdn Bhd
  • Merupakan satu-satunya syarikat pemaju di Perak yang mengkhususkan dalam pembinaan rumah mampu milik.
  • Dengan lebih 5 tahun pengalaman dalam pembinaan projek perumahan mampu milik iaitu Bandar Baru Setia Awan Perdana dan Lagenda Teluk Intan.
  • Berhasrat mengungguli industri pembinaan projek perumahan mampu milik yang akan memanafaatkan golongan B40 hingga M40 untuk memiliki umah sendiri.

Mengenai Bandar Baru Setia Awan Perdana ( (BBSAP)
  • Terletak di lokasi Strategik iaitu hanya mengambil masa 15 minit perjalanan dari bandar Manjung/Setiawan dan terletak kira-kira 4km jauhnya dari Lebuhraya Pantai Barat (WCE).
  • Bila Lebuhraya Pantai Barat (WCE) siap sepenuhnya pada tahun 2022, masa perjalanan  dari Kuala Lumpur ke sini hanya akan mengambil masa kurang 90 minit.
  • BBSAP merupakan pembandaran terancang tunggal terbesar di Perak dengan lebih daripada 10,000 rumah di bina dengan harga berpatutan.  Unit rumah terdiri daripada jenis Semi-D dan Teres.
Antara rumah yang telah siap dan sedia untuk di duduki
Rumah jenis Semi-D

Contoh Rumah Teres

  • Harga rumah yg ditawarkan adalah kompetitif  iaitu rumah teres dijual pada harga bermula dari Rm135,000,  manakala unit semi-D dengan harga bermula RM188,000 
  • Kualiti senibina rumah juga adalah bermutu tinggi.
Contoh keadaan dalaman rumah jenis Teres
  • Menawarkan kemudahan bertaraf lima bintang kepada pembeli dengan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti rumah kelab, kolam renang bertaraf olimpik, lapangan golf, taman permainan kanak-kanak, dewan badminton, gelangang futsal, padang bola, sekolah, masjid, laluan jogging dan basikal serta taman hijau.                



Rumah Kelab yang sedang dalam pembinaan
Dewan badminton 6 gelangang yang di jangka siap pada tahun depan. Dewan ini akan di kenali sebagai Dewan Badminton Misbun Sidek

Apa yang menariknya ialah Taraf Nusantara Sdn Bhd telah melantik legenda Badminton negara iaitu Datuk Misbun Sidek sebagai Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana(BBSAP).
Dengan siapnya Dewan Badminton ini nanti dapatlah beliau nanti memberi sumbangan tenaga dan ilmu kepada anak-anak muda di bandar ini dengan memberi latihan dan klinik badminton.
Datuk Misbun telah berhasrat untuk menjadi Manjung/Sitiawan sebagai pusat latihan badminton bagi golongan remaja  di negeri Perak dalam usaha untuk mencari jaguh dunia.

Datuk Misbun ketika merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Terbuka BBSAP di Arena Badminton Manjung
Kejohanan Badminton Remaja terbuka BBSAP yg telah diadakan pada 14 & 15 Mac 2020 

Apa lagi yang menarik di BBSAP nie???

Selain dari fasiliti-fasiliti yang disediakan,  apa yang menariknya kalau kita membeli rumah disini ialah lokasinya yang berdekatan dengan  kawasan pelancongan daerah Manjung seperti :
  • Teluk Batik -  Resort/pantai/tempat peranginan
  • Jeti Lumut - Jeti/ kawasan pelancongan
  • Lumut Waterfront - kawasan pelancongan
  • Teluk Senangin - Pantai/memancing
  • Bukit Engku Busu - Jungle Trekking
  • Rockbund Fishing - Chalet/memancing
  • Pulau Marina - resort/tempat peranginan
  • Pulau pangkor - resort/pantai/ tempat peranginan

Bestkan kalau dapat beli rumah di BBSAP nie...bagi yang belum ada rumah boleh beli sebagai rumah pertama dan yang nak beli sebagai rumah ke dua pun sangatlah sesuai .

Untuk keterangan lanjut mengenai Bandar Baru Setia Awan Perdana(BBSAP) dan untuk tempahan boleh hubungi :

016 3700006  / 019  5787722
  atau
 layari laman rasmi www.setiaawam.com/bandarbaru

atau terus ke pejabat jualan :


Setia Awan Holdings
No.131, Pusat Bandar Seri Manjung,
Seksyen 2,
32040 Seri Manjung
Perak
        


Salam sayang,





Comments

  1. Best sebab ia lengkap dengan fasiliti-fasiliti yang disediakan dan paing best sebab lokasinya yang berdekatan dengan kawasan pelancongan daerah Manjung yang buat kita rasa duduk di tempat yang selesa dan banyak tempat nak dituju..

    ReplyDelete
  2. wahhh menarik penempatan dia dan juga fasiliti yg ditawarkan tapi tu la jauh ke sana pula.. takpe, i share dgn relative i kat manjung.. for sure dorang suka nih.. thanks sharing ye.

    ReplyDelete
  3. Luas dan menarik susun atur dalaman rumahnya..harga pun memanglah, kalau dah tempatnya bagus, susasana keliling nmyaman, berbalilah kalau harga sekarang naik kann Kak...

    ReplyDelete
  4. Wah jauhnya haha apa pun klu nak beli ok je boleh dijadikan aset harta khususnya orang Perak yang selalu turun padang. Sis dah lama tak g Pangkor walau pun Ipoh mali punya olang ... #tataksombong woo!

    ReplyDelete
  5. Oh bagus tu bila tgk pengkhususan pembinaan rumah ni untuk perumahan mampu milik, musah-mudahan dapat membantu lebih ramai rakyat setempat mahupun berdekatan untuk memiliki rumah mereka sendiri nnt kan.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian ini..nanti boleh war-warkan kepada kengkawan yang mmg sedang mencari rumah

    ReplyDelete
  7. Dulu, kalau balik kampung di Tg Tualang ada nampak banner projek perumahan ni. Dah siap rupanya rumah ni. Cantik juga neighborhood disana.

    ReplyDelete
  8. Menarik jugak rumah dia. Harga masih mampu milik bagi golongan macam marina ni. Hehe

    ReplyDelete
  9. Cool! Thank you for sharing this information. Have a good day and take care.

    ReplyDelete
  10. Bagus buat pelaburan beli rumah ni. Pada yang duduk area bandar baru setia awan perdana tu boleh la beli rumah kt sini. iena dah ada dua buah rumah skrg. Muda2 beli rumah pun bagus takde la fikir enjoy je. Bila ade komitmen duit pun terurus :D

    ReplyDelete
  11. Wah. Abang ipar duk citer pembangunan terancang kat Manjung inilah dia rupanya. Tak silap abang ipar pun ada apply rumah nie - kalau dapat mesti bahagia sebab cantik sungguh rupa bangunan dia

    ReplyDelete
  12. thanks sharing ni. bolehlah warwarkan kepada sesiapa yang sedang cari rumah

    ReplyDelete
  13. Cantik rumah Semi D dia. Teringin nak duk umah gitu. Kat Perak ye. Perak sekarang tengah berkembang pesat. Kalau ada rezeki duk Perak boleh usha-usha kawasan ni

    ReplyDelete
  14. Best tengok dgn fasiliti yg ada. Berbaloi dgn harga. Boleh recommend dekat kawan-kawan area sana

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag