Skip to main content

PENGALAMAN MENYERTAI TOURISM MALAYSIA MEDIA EXPLORE RACE 2022 ( TOMER 2022)

Assalamulaikum dan salam sejahtera
Pada 22-24 November 2022, berlangsungnya program Tourism Malaysia Explore Race 2022 (TOMER 2022).
Untuk program kali ini, seramai 88 pengamal media telah terlibat termasuk 11 penyertaan pengamal media antarabangsa dari Indonesia, Thailand dan Brunei.
Seawal 6:00 pagi, peserta-peserta mula hadir untuk pendaftaran di Glasshaus, Marina Putrajaya


Ucapan pembukaan oleh YBhg Dato' Hj Zainuddin Abd Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Program TOMER 2022 adalah gabungan dua konsep acara iaitu Explore race dan Treasure Hunt.  Para peserta akan mengembara ke lokasi-lokasi terpilih yang telah ditetapkan sambil menjawab soalan-soalan Treasure Hunt yang berbentuk teka-teki ( Creative think outside the box), melakukan tugasan yang diberi dan melakukan cabaran berbentuk Amazing Race.


Para wakil penaja bergambar bersama tetamu Kehormat dan peserta

Team kak mied, kak seriwangi( www.keunggulan wanita.com), Sarie(www.dinohous.com), Ayie ( hellerkiller_timetorest.blogspot.com

Bersiap sedia untuk Flag Off, No.15-BESTIE
Penaja kenderaan kami kali ini dari PERODUA
Peserta akan berhenti di beberapa checkpoint yang telah ditetapkan seperti di Selangor Fruit Valley (SFV), Bagas Zakariah, Tanjung Tualang Tin Dredge No 5 ( TT5) serta bermalam dalam khemah di Riverside Camp Gopeng.

Check point Pertama - Selangor Fruit Valley(SFV)

#Aktiviti- membuat telur masin
Captain pasukan melihat cara-cara membuat telur masin

Sedang membuat telur masin


Telah selesai membuat telur masin✌️

# Minum air kelapa 


# Bergambar dengan duta dan maskot

Bersama Duta Pelancongan, seni dan budaya bagi Gastronomi, Dato' Chef Ismail

Gambar-gambar sekitar Selangor Fruit Valley
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Check point ke 2 iaitu Bagas Zakariah,Gopeng
# Mencari durian di dusun sebelah


# Aktiviti Musang Berjanggut


#Bergambar di rumah tradisional 


Gambar-gambar sekitar Bagas Zakariah
Selepas siap menjamu selera serta makan durian yang kami dapat tadi, kami meneruskan perjalanan ke Check point ke 3 iaitu Tanjung Tualang Tin Dredge No.5(TT5).

#Aktiviti meneroka Maze Park. 


Gambar- gambar sekitar Tanjung Tualang Tin Dredge
Hari beransur petang, seterusnya kami perlu mendapatkan harta karun sebelum tiba ke Check point ke 4 iaitu di Riverside Camp Gopeng.

Sebelum tue,.jom lihat apa yang kami dapat untuk harta Karun
Sudah tentu untuk mendapat barangan harta karun ini bukanlah mudah, terpaksa menjawab soalan yang memang terpaksa berfikir di luar kotak...masalahnya di sini...kami berfikir di luar Galaksi..😆😆😆😆🤭🤭🤭..Benda lain yang sepatutnya di cari..benda lain yang dapat... .memang kelakar betul😅


Gambar-gambar sekitar perkhemahan kami di Riverside Camp, Gopeng
Di sebelah malam kami berpeluang melihat pertunjukkan api yang hebat dari Kumpulan Budak Api.
Esoknya kami berpeluang untuk menyertai White Water Rafting.

Best wooi..aktiviti nie..wajib di cuba 😘

Begitulah aktiviti-aktiviti kami sepanjang Explore Race berlangsung.  Lebih 300km perjalanan kami tempohi dari Putrajaya ke Selangor, kemudian ke Perak dan balik ke Kuala Lumpur.  Memang penat..namun pengalaman, aktiviti dan keseronokan dalam mencari jawapan untuk soalan-soalan memang sangat menarik.  Hadiah- hadiah yang di tawarkan jugak agak lumayan.
Tomer 2022 bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan Media tempatan dan antarabangsa  malah dapat mempromosikan tempat-tempat menarik di sekitar Putrajaya, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Ucapan terima kasih buat Tourism Malaysia kerana memberi peluang pada kumpulan Bestie ( Blogger) untuk turut serta.

#Tomer2022 #CuticutiMalaysia

Salam sayang,

Comments

  1. wah bestnya..pengalaman yang menarik ni. bestkan dapat together dengan kawan-kawan yang sekepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best...hahaha..pening kepala cari jawapan

      Delete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag