Skip to main content

DESTINASI-DESTINASI MENARIK DI SEPANG, SELANGOR

Assalamulaikum
Hari nie k mid nak ceritakan sikit pasal Sepang iaitu satu daerah di negeri Selangor. 

Bila sebut pasal Sepang..apa yang korang ingat..kalau k mid, k mid hanya ingat litar F1 Sepang, yang lain destinasi atau tarikan di Daerah Sepang kurang tertangkap dalam ingatan.

Sebenarnya, banyak destinasi - destinasi yang menarik di Sepang yang bole kita kunjungi.  Ikuti pengalaman K mid bersama geng Media dan Tourism Selangor mengunjungi destinasi2 di Sepang selama 2 hari 1 malam Fam Trip Visit Sepang.

Info mengenai Daerah Sepang
Merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian selatan negeri Selangor, di bahagikan kepada 3 mukim iaitu Sepang , Dengkil dan Labu.
Mempunyai penduduk hampir 200,000 orang dengan keluasan 59,966 hektar
Bersempadan dengan Kuala Langat di barat, Petaling di utara, Hulu Langat di timur laut serta Negeri Sembilan di timur.
Keistemewaan Sepang ialah ia terletak di persisiran Laut Selat Melaka

Jom ikuti destinasi-destinasi persinggahan kami

Destinasi pertama ialah Penginapan kami iaitu :-

1.  Movenpick Hotel & Convention Centre


Rekabentuk Hotel & Convention Centre ini secara kesluruhan bercirkan senibina Islam

Terletak kira-kira 4 kilometre dari Lapangan Antarabangsa KLIA, hotel ini bertaraf 4 bintang,  di bangunkan oleh syarikat pemaju milik penuh TH iaitu TH Properties sdn bhd. Berkeluasan 17.725 ekar (7.173 hektar) adalah milik penuh TH tetapi diuruskan oleh Movenpick Hotels & Resorts iaitu sebuah syarikat pengurusan antarabangsa.

   
Masuk aje di ruang Lobby,  k mid sudah terpaku melihat rekabentuk yang begitu unik. 

Di awal pembinaannya,  k mid sering melalui jalanraya di hadapan kawasan hotel ini,  ada pelancong bertanya..Apakah bangunan yang tersergam indah ini dan pada ketika itu info yang k mid tahu hanyalah Komplek Tabung Haji.  Dengan peluang mengikuti Fam trip ini banyaklah info yang di perolehi serta peluang menginap di Hotel ini.


Terdapat 4 komponen dalam hotel dan convention centre ini iaitu hotel, pusat konvensyen, astaka dan bangunan letak kereta bertingkat. 

Hotel  terdiri daripada 3 buah bangunan sembilan tingkat mempunyai 333 buah bilik, dilengkapi dengan restoran, kedai, pusat spa & kesihatan serta gimnasium.

Bilik-bilik yang selesa

Bilik Seminar

Pusat konvensyen pula di lengkapi dengan dewan banquet,  bilik seminar,  bilik operasi haji, kafetaria dan surau.
Pusat Konvensyen
Anjung Tinjau
Anjung Tinjau yang terletak bersebelahan Pusat Konvensyen pula menjadi lokasi penganjuran pelbagai aktiviti seperti ruang pameran, ruang majlis dan ruang jualan,



Dua  kolam renang  disedia  iaitu kolam renang untuk wanita dan lelaki di sediakan serta gelanggang tenis di atas bumbung


walaupun x sempat bermain tennis di sini,  dptlah juga berzumba bersama rakan2 😃😃
 Alamat  :   Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA
                   Komplek TH Sepang,  Jalan Masjid Klia,
                   64000 Sepang, Selangor D.E

Website  :   https://www. movenpick.com
Phone     :  603-8661 8710
Fax         :  603-8661 8600



2. LITAR ANTARABANGSA SEPANG

Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan Antarabangsa KLIA,  kira2 60km di selatan ibu kota Kuala Lumpur.
Sebuah litar yang digunakan untuk sukan permotoran Malaysia seperti perlumbaan Formula F1, Grand Prix A1,Grand Prix Motosikal, Go-Kart dan lain-lain aktiviti sukan permotoran.
Dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad pada 9 Mac 1999.


Litar SIC

Litar yang mempunyai 5.543 km panjang  dan  di reka oleh Herman Tilke iaitu seorang jurutera dan pemandu kereta dari Jerman.

K mid di Selekoh Bunga Raya SIC

Dari kunjungan ke Litar Sepang ini,  kami berpeluang menyusuri sepanjang trek laluan  dan meninjau lain-lain bahagian di SIC ini . Antaranya seperti  Klinik dan Diagnostik Sic,  Bilik kawalan , Bilik Petugas Media dan Muzium Automobil.

Antara Rawatan yang di sediakan

Bagi yang tidak mengetahui,  sebelum ini Klinik SIC yang dikenali sebagai Pusat Perubatan  hanya di buka kepada pelanggan Trek dan Paddock termasuk staff SIC sahaja,   namun telah di buka kepada orang awam sejak 2 tahun lalu.  Di buka 7 hari seminggu dari 9 pagi hingga 6 petang.


Ini pulak bilik untuk para petugas Media

Kami di beri penerangan mengenai fungsi2 bilik kawalan  di SIC


Ini pula adalah Muzium Automobil Nasional yang terletak di  Welcome Centre Litar Antarabangsa Sepang. Tujuan utama Muzium ini di tubuhkan  adalah untuk memberi maklumat mengenai sejarah perkembangan dan pencapaian  industri permotoran di Malaysia.


Muzium  ini memaparkan beberapa model kereta  dan motosikal  buatan tempatan serta kereta-kereta import yang pernah di gunakan di negara ini,



Muzium ini juga memaparkan beberapa koleksi kereta vintaj dan klasik.


Alamat  :  Muzium Automobil Nasional
                 Litar Antarabangsa Sepang
                 Jalan Pekeliling,
                 64000 klia , Sepang

Tel   :   03 87874759/1499
Fax  :    03 87873732

Bayaran Masuk adalah Percuma 

Di buka setiap hari 9.00 am - 6 pm  kecuali Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha


3. LADANG BUAH NAGA HL BAGAN LALANG, SEPANG

Terletak di tepi jalan arah Sepang menuju ke Bagan Lalang,  ada beberapa ladang Buah Naga atau Dragon Fruit di  daerah Sepang ini kerana tanah di daerah ini amat sesuai bagi penanaman Buah Naga.  Permintaan Buah Naga bagi pasaran luar negeri juga agak tinggi.



Di ladang Buah Naga HL ini terdapat cafe yang menunya berasaskan  buah naga seperti  Jus buah Naga dan mashed Potato with Dragon fruit Sauce tetapi menu utama iaitu Roti King Kong atau Jumbo Bun.
Di dalam Roti King Kong ini terdapat kari ayam yg bole di cicah bersama roti ini.
Menu-menu lain juga terdapat di sini seperti Carbonara Spaghetti, roti King Butter dan Caesar Salad with Dragon Fruit Sauce,

Jus Buah Naga
Mashed Potato with Dragon Fruit Sauce
ini dia Roti King Kong  atau Jumbo Bun
Kari ayam yang terdapat dalam Roti King Kong ..nyam...nyam

Tip untuk memilih buah naga yang manis,  eloklah makan yang sudah seminggu dipetik, jika baru 2 atau 3 hari ianya kurang manis

Selain dari menjamu selera di Cafe, pengunjung  juga bole membeli buah naga segar untuk di bawa
pulang.

4.MITSUI OUTLET PARK (MOP)
Terletak berhampiran dengan lapangan Terbang Antarabangsa Klia dan Klia2, dan kira 60km dari Kuala Lumpur,  MOP satu-satunya pusat membeli belah yang menghimpunkan 50 jenama terkenal seluruh dunia di bawah satu bumbung. Antaranya jenama seperti  Adidas, Nike , New Balance, padini, Vior, Poney, Converse, Polo dan banyak lagi,


Bagi kaki shopping pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bershopping disini kerana MOP sering menawarkan diskaun rendah untuk barangan berjenama.


Terdapat free shuttle bus untuk kemudahan pelancongan dari klia dan klia2 untuk ke MOP ini. Disini juga di sediakan Flight Check-in Centre yang terdapat  Flight Information Display Syestem (FIDS), Web site check-in Service, free baggage storage service, flight check-in kiosk, money changer dan luggage wrapping service.

Flight Information Display System (FIDS)

Flight Check-In Kiosk
Jadual Shuttle Bus Percuma Pergi balik ke Klia dan Klia2

Banyak lagi destinasi2 yang menarik yang boleh  di kunjungi seperti Pantai Bagan Lalang,  Avani Gold Coast sepang, Paya Indah Wetland dan restoran-restoran yang menyaji masakan seafood yang enak di daerah Sepang ini.

Ucapan terima kasih kepada Tourism Selangor,  Movenpick Hotel dan Convention centre dan semua yang terlibat

#VisitSepang2020    #VisitSepang   #TourismSelangor  #CuticutiMalaysia  #Selangordekatje

Sekian....
Salam Sayang,

Comments

  1. Mitsui Outlet Park tu memang banyak syok kalau dah singgah tu.. Lagi-lagi nak Raya ni kan.. Hoho.. Memang penuh la tangan kiri kanan LeYa kalau singgah

    ReplyDelete
  2. Kak blm sampai lg area sprang, rupanys byk jugak tempat2 menarik di sepang,nti kena pegi discover sepang

    ReplyDelete
  3. Sepang memang kawasan besar kan kak. Saya tak tahan panas. Lebih suka masuk mitsui aje. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bnyak2 tmpat2 menarik..tapi kita semua explore betul2 lagi

      Delete
  4. Kalau tanya sepang ada apa. Syira mmg jawab litar sepang ja. Ahhaha tak sangka ada tarikan lain. Nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue...ramai yg ingat Litar Sepang aje kan

      Delete
  5. wahhhh baru tahu ada ladang naga dekat sepang! Sedap tengok jumbo bun dia. Mashed potato dengan gravy buah naga agak unik. Selama ni memang tahu litar sepang je la, nasib beroperasi balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli buah naga dari ladang..agak murah dan manis sangat

      Delete
  6. Tak pernah pergi bahagian sepang lagi.. Haahah.. Tak sangka ade banyak tempat menarik juga ye selain f1 tu..mitsui tu pun tak oernah pergi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak gi Mitsui tue..bnyak branded item

      Delete
  7. Seronok dpt discover Selangor byk tempat menarik rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak..banyak tempat menarik sebenarnya

      Delete
  8. Kita negara sendiri x nak explore, bila ke negara org ceruk kg kita redah..hehehe. Tak tahu lah bila le nak jelajah sepang n tgok tmpt2 menarik kat sana, mitsui je le dh gi

    ReplyDelete
    Replies
    1. negaara kita pun banyak x jelajah lagi kan

      Delete
  9. orang banting tapi tak pernah lagi berkesemapatan masuk dalam litar sepang circuit tu. teringin nak masuk situ tp belum ada rezeki lagi. nanti nak datang lah dan bergambar dekat situ

    ReplyDelete
  10. Datanglah tengok GP Motor tsk lama lagi..mmg best time tue

    ReplyDelete
  11. Sepang banyak juga tempat yang kita tahu. Litar Sepang memang dah famous. Mitsui selalu singgah juga sebelum naik flight. Movenpick Hotel & Convention Centre pernah lalu sebelah.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag