Skip to main content

Memperkenalkan JOHNSON'S yang baru

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua.

Pada 10 Mei 2019,  k mid berkesempatan menghadiri pelancaran rangkaian produk baru JOHNSON'S  iaitu produk bayi pilihan No. 1 para ibu-ibu di Malaysia.
 

JOHNSON'S telah  menambah baik ciri kelembutan dalam produk bayi dengan memperkenalkan JOHNSON'S Baru dengan rangkaian produk perjagaan bayi dengan formulasi Ultra Gentle yang mengandungi 0% paraben, ftalat, sulfat dan perwarna2 serta dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak kecil.



Perubahan-perubahan dengan JOHNSON'S yang baru

Pilihan bahan yang bermanafaat
JOHNSON'S telah memilih bahan yang di peroleh secara semulajadi seperti minyak kelapa dan biji kapas mengantikan minyak mineral tapi dengan  0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna2.


* Wangian yang di reka dengan mengutamakan ibu dan bayi
JOHNSON'S bukan sahaja mengekalan haruman ikonik yang dimiliki dari produk klasiknya tapi kini difomulasinya supaya bebas alergen dan mematuhi standard global Persatuan Pewangi Antarabangsa(IFRA) dan instititut Penyelidikan Bahan Pewangi (RIFM)

* Pembungkusan yang mesra ibu-bapa
Botol JOHNSON'S yang baru kini dilengkapi dengan pam yang direka untuk penggunaan yg mudah menggunakan satu tangan supaya perhatian ibu-bapa dapat di tumpukan pada bayi.

* Produk yang direka untuk setiap peringkat dan umur bayi
Rangkaian baru ini menampilkan empat "Umur dan Peringkat" bagi membantu ibu bapa memilih produk mengikut kumpulan masing-masing.  Setiap satu diformulasi khusus untuk memenuhi kerperluan istemewa kulit bayi.



Encik Prashant Mahalingam iaitu Country Director untuk pengguna Johnson & Johnson Malaysia  berkata sewaktu majlis pelancaran,  JOHNSON'S yang baru bukan sekadar formulasi semula,  tetapi merupakan proses menghasilkan semula rangkaian penjagaan bayi JOHNSON'S  secara keseluruhan dari perspektif pengguna dan ibu bapa.

Encik Prashant Mahalingam




Beberapa orang selebriti telah hadir untuk turut memberi sokongan kepada pelancaran JOHNSON'S CHOOSE gentle,  antaranya  aktres dan model  Amyra Rosli, aktres dan juruhebah Gan Mei Yan serta aktres dan model Scha AL Yahya.



Rangkaian produk penjagaan bayi JOHNSON'S yang baru ini boleh di dapati di semua kedai-kedai jualan utama mulai June 2019.

Maklumat lanjut tentang produk Johnson's yang baru ini,  sila layari :-

FB  :  JOHNSON'S Malaysia   di  www.facebook.com/JohnsonsbabyMY.

Salam Sayang,





Comments

  1. Replies
    1. Produk johnson nie hebatkan...dari kecik2 kita semua dah guna produk johnson's nie..cuma skrg di perbaharui balik

      Delete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...