Skip to main content

MAJLIS PERASMIAN PRODUK DARI BIDADARI SYURGA

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Pada 17 Sept 2022, bertempat di Hotel Summit Usj Subang Jaya telah berlangsungnya Majlis Perasmian Jubah Plus Size,Khimar dan Wangian oleh Syarikat BIDADARI SYURGA.

Pengasas Dato'Noora Kay

Majlis perlancaran dirasmikan oleh Y.A.M Raja Datin Saidatul Mardiah Binti Almarhum Sultan Idris A' fifullah Shah
Produk yang di lancarkan  adalah inspirasi sendiri oleh Pengasas iaitu Dato' Noora Kay.

Info mengenai Bidadari Syurga.

BIDADARI SYURGA merupakan syarikat di bawah Syarikat Induk Loundry Expert iaitu Syarikat yang dimiliki oleh anak bongsu Dato'Noora Kay iaitu Tuan Adllan Harith.

Dato'Noora Kay bersama anak bongsu beliau Tuan Adllan Harith
Daripada minat yang mendalam terhadap fesyen, Dato' Noora Kay mengilhamkan hobi beliau ini dengan mereka Jubah Plus Size.  Tujuan utama ialah memudahkan wanita-wanita bertubuh besar untuk mengayakan fesyen berjubah dengan kelihatan lebih Eklusif serta menutup aurat.






Jubah Plus Size terdapat dua variasi warna buat masa ini iaitu Hitam dan Emerald Green.
Untuk lebih elegan dan senang di gunakan untuk bersholat Jubah ini boleh di padan dengan Khimar( Tudung Labuh) Bidadari Syurga yang boleh di dapati dalam 3 variasi warna iaitu Hitam, Emerald Green dan Mustard.

Jubah berserta Khimar ( tudung labuh), sangat sesuai di buat pakaian harian kerana :
  • Mengikut syariat -mudah digunakan untuk bersholat
  • Material lembut dan beralun
  • Berat (heavy Chiffon).
  • Tidak panas
  • Dua lapis - tidak jarang
  • Labuh
  • Selesa.
Selain dari Jubah dan Khimar, BIDADARI SYURGA juga mengeluarkan wangian Noura Kay Fragrance iaitu "Exclusive" dedikasi khusus untuk wanita-wanita yang berkerjaya dan lasak dan "Attaction"  pula untuk yang sukakan bauan flora.

Majlis perasmian pada petang itu amat meriah dengan kehadiran beberapa artis veteran seperti Zur Eda, Zaiton Sameon, Mek Habsah, Rashidah Jaafar dan lain-lain.



Untuk keterangan lanjut sila ke :

INSTAGRAM

FACEBOOK

TIK TOK
@bidadari_stuffs5502



Salam sayang,

Comments

  1. Menarik.... Zaman sekarang ni lebih elok berpakaian menutup aurat untuk elak fitnah dan menjolok mata.... Tapi sayang.... kenapa plus size.... LeYa size M... hehe.. bagilah size kecik ade jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Size leya..senang cari..saiz k mied nie yg susah cari

      Delete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...