Skip to main content

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BATAM

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Ramai kawan-kawan yang bertanya pada k.mied..best ke k.mied selalu pergi Batam?

Untuk menjawab pertanyaan ini, kena pergi sendiri ke Pulau Batam ini, baru lah tahu apa yang menariknya di sini.

Ada 2 cara untuk ke Batam nie..melalui udara dan melalui laut.  K.mied belumlah lagi mencuba melalui udara, dah 3 kali ke sini semuanya melalui laut iaitu dengan menaiki feri tapi di terminal feri yang berbeza. Tiga terminal feri yang berbeza itu ialah Stulang Laut, Puteri Habour dan Tanjung Pengelih

Batam merupakan sebuah pulau dalam daerah Riau, terletak di Perairan Laut China Selatan di antara Indonesia dan Singapura.

Ada banyak tempat-tempat yang boleh di kunjungi di Batam, tapi untuk kunjungan k.mieda baru-baru ini sempat lah pergi ke beberapa tempat seperti :

1.Jembatan Barelang/Barelang Bridge 
  • Jembatan Barelang singkatan daripada Batam, Rempang dan Galang.
  • Merupakan ikon Kota Batam yang popular.
  • Merupakan sekumpulan jambatan yang menghubungkan pulau-pulau iaitu Pulau Batam, Pulau Tonton, Pulau Nipah, Pulau Rempang, Pulau Galang dan Pulau Galang Baru. 
  • Disebut juga sebagai 'Jembatan Habibie' sebagai tanda penghargaan atas jasa beliau dalam mengembangkan Pulau Batam sebagai pulau industri.
  • Terdiri daripada enam jembatan yang menghubungkan Jalur Trans Barelang sepanjang 54km
         Enam jembatan itu ialah :
  1. Jembatan Tengku Fisabilillah ( Jembatan 1/Jembatan Barelang)
  2. Jembatan Naga Singa( Jembatan II)
  3. Jembatan Raja Ali Haji( Jembatan III)
  4. Jembatan Sultan Zainal Abidin (Jembatam IV)
  5. Jembatan Tunku Tambusai ( Jembatan V)
  6. Jembatan Raja Kecik ( Jembatan Vl)




2. Welcome To Batam Landmark
  • Merupakan papan tanda ikonik Batam.
  • Dibuat pada tahun 2008, papan tanda ini terdapat di Bukit Clara, Batam Centre.
  • Kedudukannya hanya kira-kira 300 meter dari Dataran Engku Puteri, juga berdekatan dengan kantor Wali Kota dan Masjid Agong Kota Batam.
Tidak lengkap kunjungan ke Kota Batam jika tidak bergambar atau berselfie di sini.



3. Museum Raja Ali Haji

Museum Raja Ali Haji terletak di Dataran Engku Puteri, Batam Centre di buka pada 18/12/2020 bersamaan dengan hari jadi Kota Batam yang ke 191.
  • Museum yang pertama di Batam.
  • Menampilkan sejarah peradaban Batam mulai zaman kerajaan Riau, Lingga hingga Era Batam kini.
  • Dengan mengunjungi Museum Raja Ali Haji, kita akan mendapat maklumat dn mengetahui sejarah Kota Batam dengan lebih jelas.
  • Maklumat lanjut : 

Instagram : https://www.instagram.com/museumbatam_rah



4. Bundaran BP Batam

  • Terletak tidak jauh dari Museum Raja Ali Haji, di kawasan bulatan di Dataran Engku Puteri.
  • Merupakan tempat bersejarah dan ikonik kerana disinilah  3 pemimpin dari 3 negara  iaitu Presiden Republik Indonesia Presiden Suharto, PM Singapura Lee Kuan Yew dan PM Malaysia Tun Mahathir  menanda tangani tugu dan menanam Pohon Beringin sebagai tanda simbolik persahabatan dan kerjasama ketiga-tiga negara.
  • Fakta menariknya,  ketiga-tiga pohon beringin yang di tanam oleh ketiga-tiga pemimpin itu tiada satu pun yang hidup dan ianya telah ditanam semula mengantikan pohon-pohon tersebut.


5. Eco Edu Park Panbil Nature Reserve

Batam juga terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, haruslah kita menikmatinya bila dah sampai ke sini.  Panbil Nature Reserve adalah salah satunya.

  • Rizab Alam semulajadi berkeluasan 260 hektar.
  • Berkonsep pelancongan pendidikan.
  • Terdapat kepelbagaian flora dan fauna serta penempatan haiwan seperti rusa sambar, burung-burung, reptile santuary, rumah kelinci dan Petting Zoo.


 Maklumat lanjut :


Facebook :
Instagram :


Lagi cerita menarik Batam Klick ⬇️⬇️⬇️




Salam sayang,

Comments

  1. Memang best melancong ke Batam ni... Lama dah tak ke sana. Ada rezeki boleh pergi semula melawat tempat2 yang belum dijejaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti join leya ...lepas nie ada lagi .bnyak lagi tak explore nie

      Delete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag