Skip to main content

Posts

Parenthood Media dan Pantai Hospital Kuala Lumpur Ketengahkan Kesihatan Sebelum Kehamilan Menerusi Forum ‘Before We Bloom’

Assalamulaikum Dan Salam sejahtera.  Parenthood Media , bersama Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) , baru-baru ini menganjurkan forum What Women Want: Before We Bloom – Panduan Pasangan Sebelum Kehamilan , iaitu satu sesi perkongsian ilmu yang memberi tumpuan kepada usaha untuk hamil (TTC), kesuburan dan kesihatan sebelum kehamilan. Forum yang diadakan baru-baru ini di MyTOWN, Atria Shopping Gallery , menghimpunkan wanita dalam satu sesi perbincangan terbuka mengenai kesihatan reproduktif, kebimbangan berkaitan kesuburan yang sering berlaku serta kepentingan mendapatkan panduan perubatan yang tepat pada peringkat awal. Panel forum Dr. Raymond Lim (Pakar O & G) & Dr. Lim Sue Wen (Pakar Endocrinology)  Panel forum menampilkan Dr Raymond Lim , Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), dan Dr Lim Sue Wen , Pakar Endokrinologi, dari Pantai Hospital Kuala Lumpur. Mereka berkongsi pandangan mengenai kesuburan, kesihatan hormon, faktor usia, masalah kesihatan sedia ada se...

FELDA DAN PERKESO PERKUKUH JARINGAN PERLINDUNGAN SOSIAL, PERKASA KESEJAHTERAAN KOMUNITI FELDA

Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Kerjasama strategik antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) diperkukuh menerusi Memorandum Kerjasama (MoU) yang bakal menjadi pemangkin kepada penyelarasan serta pelaksanaan operasi yang lebih cekap, bersepadu, dan berimpak tinggi dalam menyantuni keperluan Komuniti FELDA. Kesepakatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua agensi untuk menggembleng kepakaran, rangkaian, dan jaringan penyampaian masing-masing dalam memperluas perlindungan keselamatan sosial, program pencegahan, perkhidmatan rehabilitasi, serta peluang pekerjaan kepada seluruh ekosistem Kumpulan FELDA merangkumi peneroka, suri rumah, generasi baharu, petugas, pekerja asing, majikan, dan perusahaan. Usaha strategik ini sekali gus menyokong aspirasi Malaysia MADANI untuk membina masyarakat yang lebih sejahtera, berdaya tahan, dan terangkum tanpa membiarkan mana-mana golongan tercicir daripada arus pembangunan negara. Majlis pemetera...

Giant Destina Putrajaya Perkenal Pengalaman Pasar Raya Moden Menggabungkan Keperluan Harian, Sajian dan Kesihatan

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.  GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. terus memperkukuh  kehadirannya dengan pembukaan Giant di Destina Putrajaya, sebuah pasaraya moden yang menggabungkan kemudahan membeli-belah harian, pilihan makanan dan minuman serta perkhidmatan farmasi dan produk kecantikan di satu lokasi strategik yang dihubungkan terus dengan stesen MRT Putrajaya dan KLIA Transit. Pembukaan ini meneruskan legasi Giant, sebuah nama yang telah lama sinonim dengan  pengalaman membeli-belah rakyat Malaysia, dengan komitmen menawarkan nilai melalui strategi “Harga Rendah, Lebih Lama” bagi barangan keperluan harian termasuk hasil segar tempatan dan barangan asas dapur, di samping memperluaskan pengalaman membeli-belah menerusi pilihan sajian dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pengguna moden. Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., En. Cheah Yong Hock berkata,  Giant Destina Putrajaya mencerminkan usaha syarikat untuk terus berkembang seiring de...

FILEM PERANG BERSEJARAH, PELURU SENJA HIDUPKAN KEMBALI SUASANA TANAH MELAYU 1948 MENJELANG HARI KEBANGSAAN

Hai. Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Filem drama perang berlatarkan sejarah, Peluru Senja (The Ghost & the Gun) , diraikan menerusi tayangan perdana malam ini sebelum menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 28 Ogos 2026, bersempena sambutan Hari Kebangsaan.  Pelakon utama Filem Peluru Senja dari kanan Hazman Al-Idrus, Asmara Abigail & Fabian Loo Diarahkan oleh pengarah filem India yang berpangkalan di Singapura, Anshul Tiwari, filem ini menghimpunkan barisan pelakon serta tenaga produksi dari Malaysia, Indonesia, Singapura, India, Bangladesh, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Karya ini merupakan hasil kerjasama FilmsPositive, LDNO Productions, Limbo Pictures dan Viking Sunset Studios, manakala MSK Cinemas Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar rasmi di Malaysia. Berlatarkan Tanah Melayu pada tahun 1948, Peluru Senja mengisahkan seorang askar Tanah Melayu dan seorang askar British yang tertinggal ketika pasukan British berundur. Dibayangi trauma peperangan...

NAFAZ Dilancarkan Secara Rasmi: Mendefinisikan Semula Perkahwinan & Pengalaman Mewah di Malaysia

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Pada 1hb April 2026, bertempat di Tingkat 42, Menara berkembar, Petronas sebuah Majlis Glam Raya NAFAZ X Nona telah di adakan dengan penuh gemilang. Di majlis itu juga NAFAZ telah dilancarkan sebagai sebuah platform penganjur Majlis.  NAFAZ , jenama perkahwinan dan pengalaman mewah terbaharu di Malaysia, dilancarkan secara rasmi dengan misi berani: untuk mentakrif semula cara sesuatu perayaan, pengalaman, dan penceritaan dicipta — bukan untuk semua, tetapi untuk mereka yang enggan berkompromi dengan sesuatu yang biasa. Berada di persimpangan eksklusiviti, seni, dan akses istimewa, NAFAZ memperkenalkan ekosistem mewah pelbagai divisi: NAFAZ Majlis — Perkahwinan berskala besar yang ikonik, dirancang dengan ketelitian dan prestij NAFAZ Experience — Pengalaman peribadi terpilih termasuk perjalanan antarabangsa dan pengalaman spiritual NAFAZ Studio — Produksi visual dan sinematik premium NAFAZ Creative — Penjenamaan dan penceritaan be...

Thousands of Years Media :Tayangan Perdana Drama Mikro Hari Raya “Seikat Kasih”, Perkukuh Ekosistem Drama Mikro Malaysia

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Thousands of Years Media (ToYm), sebuah syarikat media dan hiburan bersepadu yang diasaskan oleh Datuk Wira Jment Lim, telah mengadakan tayangan perdana drama mikro terbaharunya berjudul Seikat Kasih sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di GSC Lalaport BBCC. Majlis tayangan perdana tersebut menghimpunkan rakan industri, wakil media serta tetamu jemputan, dan turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelakon drama ini termasuk Idzham Ismail, Arena Wan, Fatimah Noryyah dan Sayf Mikael. Seikat Kasih mengetengahkan kisah sebuah keluarga yang berdepan pelbagai konflik dan cabaran kehidupan. Melalui perjalanan watak utama Arina Dahlia dan Harris Hakim, drama ini membawa mesej bahawa kebahagiaan sebenar tidak terletak pada kekayaan atau harta benda, sebaliknya pada kekuatan hubungan kekeluargaan yang saling menyokong dalam menghadapi ujian kehidupan. Menurut Datuk Wira Jment Lim, pengasas SunStrong Entertainment dan Thousands of Years Media, pener...

ISLAMIC DISTINGUISHED ENTERPRISED AWARD(IDEA) 2025 : ANUGERAH TERTINGGI USAHAWAN ISLAM

Assalamulaikum dan Salam sejahtera.  Anugerah yang dinanti-nantikan kembali untuk mengangkat martabat usahawan Islam di persada antarabangsa.  Edisi ke-2 Islamic Distinguished Enterprise Award (IDEA) 2025 yang berlangsung di Le Meridien Hotel , Putrajaya yang dianjurkan oleh KNKV Group dan diiktiraf secara rasmi oleh Dewan Perniagaan Muslim Insiders , dengan sokongan padu daripada CTOS Data System Berhad selaku rakan semakan,  Universiti Malaysia Kelantan (UMK ) sebagai rakan strategik akademik, firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha  Mubarak (HWAM ) sebagai rakan guaman rasmi, serta Yayasan Mihrab sebagai rakan kebajikan.  Majlis ini menghimpunkan tokoh industri dari dalam dan luar negara termasuk penerima anugerah antarabangsa antaranya seperti Muslim Pro (Singapura), Human Appeal (Australia), dan ZTE (China) menjadikan anugerah ini medan pengiktirafan dunia kepada syarikat yang menggabungkan prinsip perniagaan moden dengan etika Islam. Presiden Dewan P...

Rumah Terbuka Aidil Fitri Koperasi Norras dan Pelancaran Pakej Pelancongan ke Acheh Norass Travel dan Tour

  Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Rumah terbuka Aidil Fitri Koperasi Norras Berhad baru-baru ini telah di adakan di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur.  Persembahan Tarian Tradisi Acheh Di Majlis tersebut, Pengasas Koperasi Norras Berhad,Datin Dr. Raskidah Ali  turut melancarkan Norras Travel & Tour  Sdn Bhd dan mengumumkan pakej pertamanya ke Acheh .  Datin Dr Raskidah Ali, Pengasas Koperasi Norras Berhad(kanan)  Duta cilik Norras Travel, Adek Lovena Azzahr Putri Aulya  Norras Travel & Tour  Sdn Bhd juga turut memperkenalkan Duta Cilik Norras Travel, Adik Lovena Azzahr Putri Aulya berumur 6 tahun.  Beliau  diterbangkan khas dari Bandung, Indonesia. Gayanya mencuri tumpuan hadirin ketika berjalan ‘Catwalk’ diiringi lagu pop ‘Lagi Syantik’ . Dalam masa yang sama pengumuman diumumkan perjalanan trip sulung ke Aceh yang bakal berlangsung pada 24 hingga 27 April ini mendapat sambutan tetamu yang hadir. Lovena love, yang...

SHAHZAN FRASER'S HILL KINI DIJENAMAKAN SEMULA SEBAGAI AHLI WYNDHAM GARDEN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Pada 5hb September 2024 , satu majlis perasmian penjenamaan semula Hotel Shahzan Fraser's Hill sebagai ahli Wyndham Garden telah diadakan.  Bersempena pembukaan Hotel Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill, KYDMM Baginda Sultan Pahang Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Ibni Al Marhum Sultan Hj Ahmad Shah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis pembukaan Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill.  Majlis dimulakan dengan upacara memotong reben dan disertai dengan persembahan Tarian Singa .  Baginda juga, menanam Pokok Damar serta melepaskan burung Merpati Putih di Majlis tersebut selepas selesai upacara menandatangi plak. Mengenai Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill direka khas untuk memenuhi keperluan percutian santai dan lawatan kerja .  Hotel ini menawarkan 92 bilik dan suite yang bergaya serta selesa iaitu Garden View, Garden View with Balcony, Golf View, Fam...

MENEROKA PENINGGALAN SEJARAH BANDAR DIRAJA KLANG : Royal Klang Town Heritage Walk Melambangkan Komitmen Negeri untuk Memelihara Budaya dan Bangunan Bersejarah

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.  Tourism Selangor , dengan kerjasama Majlis Perbandaran Diraja Klang , telah menganjurkan Lawatan Suai Kenal Media (FAM) bersama 20 pengamal media. Lawatan yang bertujuan untuk mempamerkan kekayaan sejarah dan warisan budaya Bandar Diraja Klang melalui Royal Klang Town Heritage Walk (RKTHW), adalah salah satu inisiatif utama yang menekankan dedikasi negeri untuk memelihara monumen bersejarah dan budaya tempatannya . Royal Klang Town Heritage Walk ialah sebuah program yang melibatkan lawatan ke mercu tanda bandar yang ikonik, direka untuk menyelami kepentingan sejarah dan kekayaan budaya Bandar Diraja Klang . Galeri Sultan Abdul Aziz -lokasi bermula Royal Klang Town Heritage Walk (RKTHW)  Semasa Lawatan FAM, para peserta telah melawati beberapa lokasi, seperti Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Chennai Silk, Kelab Diraja Klan g, Istana Alam Shah, Jalan Tengku Kelana, Sekolah dan Gereja Convent Klang, Masjid India, Balai Bomba Kl...