Skip to main content

MENJELAJAHI TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR, MERSING, JOHOR

Assalamulaikum  dan Hi semua...
Kak mid baru aje balik dari  Mersing...kulit pun dah berkilat dek sunburn....tak kisahlah sunburn ke 
 tidak kan...sebulan nanti putih lah balik ..hehehe..

Nak tanya sikit... Siapa dah pernah pergi ke Taman Laut Sultan Iskandar Di Johor??
Mungkin kalau cakap Pulau Sibu atau Pulau Rawa ramai yang tahu kan...... sebab pulau ini lebih terkenal dan banyak di kunjungi  pelancong berbanding pulau2 lain. Jadi Pulau-pulau nie memang sudah termasuk di dalam kawasan Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI).

Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI) berkeluasan lebih 8,000m hektar terdiri dari 13 pulau yang di gazetkan sebagai sebuah taman laut di negara ini,  menjadikan kawasan ini sebagai kawasan yang dilindungi untuk mengekal dan memulihara pelbagai habitat serta kehidupan marin.
Taman laut ini di bahagikan kepada 6 kumpulan gugusan pulau iaitu Pulau Tinggi, Pulau Aur,  Pulau Sibu, Pulau Pemanggil,  Pulau Besar dan Pulau Rawa.
 Dahulunya di kenali sebagai Taman Negara Johor Kepulauan Mersing,  penjenamaan semula kepada Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI) oleh baginda Sultan Ibrahim pada 15hb Ogos 2013 mampu menarik lebih ramai pelancong ke sini.
13 pulau ini bole dikatakan adalah "heaven" bagi penyelam2 skuba kerana sangat cantik dan kaya dangan khazanah laut.

Cantikkan...nie waktu Scuba Diving...rugi k mid xda lesen Scuba... kredit foto : En Cenggitu

Taman Laut Sultan Iskandar boleh di kunjungi melalui 2 jeti iaitu Jeti Mersing dan Jeti Tanjung Leman. Bagi pengunjung yang ingin ke gugusan Pulau Besar  adalah lebih dekat mengunakan Jeti Mersing manakala yang pengunjung yang yang ingin ke gugusan Pulau Sibu, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil boleh menggunakan Jeti Tanjung Leman.





Dah tahu serba sikit tentang Taman Laut Sultan Iskandar...so jom kita terjah...
Kak mid dan kawan2 blogger yang lain mendapat undangan dari Tourism Johor dan  Persatuan Penulisan Pengembaraan Malaysia (TRAM) untuk ke sini... jadi k mid tidak lepaskan ..demi untuk melihat sendiri keindahan Pulau2 ini.

Kami tiba di Jetty Mersing kira jam 11.30 pagi  iaitu kira2 4jam setengah perjalanan dari Matic, Kuala Lumpur
Ini dia Mersing Harbour Centre

Paluan kompang bergema menyambut ketibaan kami


Selepas makan tengahari ,  kami pun ke  Jeti untuk berangkat ke destinasi pertama yaitu ke Pulau Besar
Ini lah jeti Penumpang Mersing

Perjalanan dengan botlaju mengambil masa kira 30 minit untuk smpai ke Pulau Besar dr Jeti Mersing...melambung2..rasa macam naik roller coaster....anyway abg Pilot  hebat...hahaha

Kami  di sambut dengan begitu meriah oleh staff Bayu Lestari Island Resort.




Jeti kayu Pulau Besar
Lepas aje check in dan minum petang..kak mid terus ke tepi pantai.rasa dah x sabar2 nak menikmati keindahan pulau besar nie ....
cantik dan mendamaikan..tak payah pergi smpai ke Maldives...kt sini pun cantik sangat.
PULAU BESAR
Pulau Besar nie dahulunya di kenali sebagai Pulau Babi Besar ( tak pulak k mid tahu kenapa di dulunya di panggil Pulau Babi Besar..mungkin banyak binatang tue kat situ ke...entah le).
Ia merupakan sebuah Pulau di Laut Cina Selatan di Daerah Mersing dan dikelilingi oleh beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa. Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Hujung dan Pulau Tinggi.
Mempunyai pantai yang berpasir putih dan memiliki aneka khazanah alam dalam hutan tropikanya.
Turut memiliki kisah Lagenda,  iaitu kisah sepasang suami isteri nelayan yang telah bertukar menjadi ikan duyung. kisah terjadi apabila isteri nelayan tersebut mengidam untuk makan beberapa rumpai laut dan apabila dapat makan rumpai laut dia pun bertukar menjadi ikan duyung.  Suaminya yang amat berputus hati atas apa yang berlaku terhadap isterinya turut memakan rumpai laut tersebut dan telah bertukar menjadi ikan duyung jugak..... begitulah cerita dongeng tentang pulau besar ini hingga ada yang mengatakan sehingga sekarang pasangan ikan duyung itu akan timbul untuk menjamah rumpai laut yang terampai di pulau ini.

Di Pulau Besar ini ada  beberapa resort antaranya Aseania Beach Resort dan D' Coconut Beach Resort tapi Penginapan kami kali ini di Bayu Lestari Island Resort.


Bayu Lestari Island Resort yang baru beroperasi 

Chalet2  di Bayu Lestari Island Resort nie
Antara aktiviti yang bole di lakukan di sini selain bermandi manda, snookeling dan  berlarian di tepian pantai,  bolelah berbasikal, berkayak dan bermain bola serta tarik tali .

Happy sangat kitaorg... dapat berkayak dan naik basikal..almaklumlah dah lama x berkayak dan berbasikal




Bolelah hubungi Bayu Lestari Beach Resort pada yang berminat.  Harga dan pakej bolelah bincang sendiri dengan pihak resort.


Esoknya pula kami ke sebuah lagi pulau yang cantik iaitu Pulau Tinggi

Pulau Tinggi merupakan sebuah pulau yg berbentuk bujur dan terletak kira-kira 20 batu nautika (37km) dari selatan tenggara Mersing. Pulau ini dikenali dengan nama Pulau Topi Jeneral (General's Hat Island) oleh kelasi cina pada zaman dahulu. Pulau ini boleh di akseskan melalui Jeti Tanjung Leman.  Ada sebuah resort aje di Pulau ini iaitu Tad Marine Resort.

Setelah hampir 30 minit menaiki bot laju dari Pulau Besar....kamipun sampai ke Pulau Tinggi

.  Kredit foto : En Eazy

View Laut di hadapan Tad marine Resort


Dihadapan penginapan kami di Tad marine resort. 
Bilik kami yang selesa.

Seperti Pulau Besar jugak,  ada beberapa aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini dengan bantuan guide antaranya melihat penyu mendarat dan menetas.  Tapi malang bagi kami ...kami tak dapat melihat penyu pun mungkin belum musimnya...(waktu yang sesuai kena rujuk pada pihak resort ya).

 Kita juga boleh pergi Island Hoping....seriuosly cantik semua pulau2 kt sini

Nie di Pulau Mentinggi
Ini sewaktu snookeling di Pulau Mentinggi. 
Selain Pulau Mentinggi ada beberapa pulau lagi yang bole kita snookeling...antaranya Pulau Ibol dan Pulau Simbang.

Lepas aje selesai snookeling di Pulau Mentinggi...ada satu lagi aktiviti menanti kami iaitu Jungle Trekking ke air terjun Pulau tinggi.

Kredit foto : ruggedmom.com


Kredit foto : ruggedmom.com

Kena jungle trekking dan mendaki kira2 30 ke 40 minit untuk sampai ke air terjun....tak dapat lah k mid ceritakan pengalaman k mid ya sebabnya  k mid tak pergi pun ...kehabisan tenaga guna snookeling hahahha.... so siapa datang ke Pulau Tinggi nie bolelah berurusan dengan pihak resort untuk aktiviti ke airterjun.

Begitulah pengalaman kak mid di Pulau Besar dan Pulau Tinggi.  Kalau ada peluang nak jugak menjejak kaki ke pulau pulau lain di  Taman Laut Sultan Iskandar nie. Insyallah bole pergi sendiri lepas nie.

Pada yang berminat nak bercuti di Tad Marine Resort bolelah ke website www.tadmarineresort.com
Apalagi kawan-kawan...marilah melancong dan menerokai pulau-pulau indah di Malaysia. Pasti tidak mengecewakan anda....

Jom kita ke Pulau Besar!
Jom kita ke Pulau Tinggi !
Jom kita ke Taman Laut Sultan Iskandar!

salam sayang,

Ucapan Terima kasih kepada  : Persatuan Penulis Pengembaraan Malaysia(TRAM)
                                                : Tourism Johor
                                                :  Bayu Lestari Island Resort
                                                :  TaD Marine Resort

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag