Skip to main content

Buffet Ramadan 2018 di Hotel Hype Motosports Kuala Lumpur

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Ramadan akan berkunjung lagi ...hanya tinggal kira-kira seminggu semua umat islam di seluruh dunia akan berpuasa di bulan Ramadan tahun 2018.
Di sini k mid nak cerita sedikit mengenai Preview  Buffet Ramadan yang k mid hadiri pada   6 hb. Mei di Hotel Hype Motorsport Kuala Lumpur @ Paddock Club. Buat pengetahuan semua Hotel nie dahulunya di kenali sebagai Nouvelle Hotel .  Mudah aje lokasi hotel nie iaitu di KM8, Kuala Lumpur - Seremban Highway 43300 Seri Kembangan,  Selangor Darul Ehsan ( Berhampiran Toll Sg Besi )

Dengan bertemakan " Cahaya Ramadan " di Hype Motorsport Hotel ...marilah kita menikmati seleksi hidangan yang menyelerakan.


Kambing Bakar antara menu utama


Lain-lain menu Nasi Goreng kambing, udang sambal petai, kari ayam kapitan, ikan talapiah masak berlada dan jugak ulam-ulaman

Antara kuih muih yang akan menambat selera semua


Buah2an,  jeruk2 dan rojak buah

Ruangan ABC
Agar2, kek dan Puding
Ada berbagai menu lagi seperti, Laksa , Bubur Lambuk dan tidak lupa aiskrim.Ada hampir 100 jenis rasanya menu yang disediakan tapi x dapatlah k mid nak letak semuanya di sini ya

Ini ruangan Char kue Teow. Ada  Chef yg akan  goreng mengikut  permintaan.

Suasana Paddock Club


Dengan melihat dan merasa seleksi juadah yang di hidangkan,  k mid rasa rasa semua sedap2,  dengan harga yang di tawarkan amatlah berpatutan dan berbaloi2.

       Dewasa           RM58 nett                   Kanak-kanak  (6-12 tahun)      RM28 nett
       Masa               6.30 pm   -  10.00 pm
       Tempat           Paddock Club


       Tempahan awal    RM48 nett ( pembelian dr 1 April - 15 Mei 2018)

        No. tel untuk di hubungi   : 03- 89395555 /  017 - 3831034

       Kemudahan surau juga di sini

Bagi yang tercari-cari untuk iftar tahun nie ,  bole lah mencuba Buffet Ramdan di sini...pasti k mid jamin tak akan mengecewakan. Jadi apa tunggu lagi dapatkan voucher belian awal dan jimat!!

Salam sayang





Comments

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...