Skip to main content

RESTORAN GOLEK-GOLEK SUASANA KAMPUNG

Assalamulaikum semua
Sempena hari lahirkak mid  pada 2hb. Mei baru2 nie....anak2 dan hubby belanjalah makan di Restoran golek2 suasana kampung yang terletak di pinggir lebuhraya MRR2  di Gombak.
Sebenarnya dah lama k mid teringin makan kat sini sebab kak mid selalu jer lihat signboard restoran nie bila k mid ulang alik dari tempat k mid kursus pelancongan di Wangsa Maju tapi baru nie berkesempatan..



Terima kasih anak2 dan hubby...dapat hadiah gelang emas lagi..nie yang terharu sangat. Waktu kami disini , ramai yang buat majlis sambutan hari lahir...jadi meja makan dan tempat duduk di hias cantik.. tak dapat nak snap gambar sbb hujan turun.


Jalan menuju ke restoran nie kena mendari bukit dan kalau menurun bukit agak  curam dan apabila naik ke sini  kita kena parking kereta di tempat lapang di belakang restoran. Kena hati hati sebab ada construction di tepi jalan..dan signboardnye pun agak kecil...klu tak hati2 bole terlajak dan kena berpatah balik agak jauh...


Ada rumah tradisi Melaka di sini ( sumber google)

 
Suasana Malam

Keadaan sekitarnya memang seperti keadaan kampung ...terus rasa nak balik kampung...dah lah dekat nak raya ...hahaha...

Pemandangan dari arah nak ke Parking. ..KLASIK..ada kapalterbang lama dan meriam lama

Antara hidangan yang kami order.  set untuk 5 orang... Ikan bakar sambal Petai tue signature dish nya...win lah Ikan bakar sambal petai tue
Kami sekeluarga suka dengan masakan citarasa kampung disini..rasanya sesuai dengan tekak kami sekeluarga.  Harga pun amat berpatutan jadi bole lah mencubanya. Selain dari menu masakan kampung..ada juga menu western.

Bolelah buat tempahan   di no. nie  : 016 2269140  / 017 8868266



Salam sayang





Comments

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitewđŸ¥° Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidakđŸ˜„Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowlingđŸ˜„ 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...