Skip to main content

APA YANG MENARIK DI IPOH?

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Beberapa minggu yang lepas,  k mid di ajak oleh anak-anak untuk pergi jalan-jalan ke IpohPerak.  K mid berfikir,  apalah yang ada kat Ipoh nie tapi tak apalah k mid ikutkan aje kerana k mid tahu anak-anak k mid biasanya akan buat research dulu sebelum nak pergi ke mana-mana. 

Jom tengok apa yang k mid buat di Ipoh dalam masa sehari nie.  Menarik ke tidak???

Mula-mula sekali bila sampai di Ipoh,  kami bersarapan pagi dulu di Restoran New Holly wood

1. RESTORAN NEW HOLLY WOOD


Konsep restoran ini ialah menyediakan banyak gerai-gerai dengan pelbagai jenis makanan. Ianya serupa aje dengan kedai-kedai kopi biasa yang lain namun makanan yang disajikan dari masakan melayu dan masakan cina menjadikan ia pilihan pelbagai bangsa untuk datang ke sini.

Memang terbaik makan di sini,  walaupun terpaksa beratur panjang bukanlah masalah bagi yang ingin menjamu selera di sini.

Tengok tue..pagi-pagi dah ramai beratur tapi taklah lama beraturnya sebab kerusi meja banyak kt dalam restoran tue
Keadaan dalam restoran New Holly wood

 Antara menu-menu di sini :

  • Roti Goyang
  • Kueh Teow Kerang
  • Nasi Lemak
  • Mee Kari
  • Mee Wantan
  • Chee Cheong Fun
  • Cakoi
  • Yong Tau Foo 

Ini yang kami makan untuk breakfast,  keoy teow kerang, roti goyang, chee cheong pan , yong tau foo
 
Makanan Signature disini ialah Roti Goyang..memang terbaik

Lokasi  : Taman Canning, Ipoh, Perak.

Selesai bersarapan merangkap lunch sekali rasanya (makan banyak sangat rasa nak tidur balik😆) kami pun menuju ke satu lagi destinasi iaitu Tasik Cermin.

2.  TASIK CERMIN

Tasik Cermin ini terletak di Gunung Rapat, Ipoh.
Tasik ini agak tersorok di sebalik bukit batu kapur,  orang Ipoh sendiri pun ada yang tidak tahu kewujudan tasik ini.  Untuk sampai ke tasik perlu berjalan kami dalam 50 meter dan melalui bawah terowong.
Ketika berjalan kaki akan melalui kawasan seperti ini dulu

Kemudian akan masuk terowong bukit ini
Kalau dulu,  ramai yang cakap susah nak parking sebab jalan untuk ke Tasik Cermin kerana menjadi laluan lori kuari yang lalu lalang tapi sekarang ini sudah ada tempat parking yang dijaga oleh abang RELA dan bayaran RM5 dikenakan pada kenderaan yang parkir di situ.  Kalau dahaga pun dah tak susah untuk membeli air minuman atau air mineral sebab dah ada yang menjual minuman di situ.
Barulah jumpa Tasik Cermin nie

Korang rasa cantik tak gambar ni ?


Kenapa tasik ini dinamakan Tasik Cermin??
Air Tasik Cermin ini berwarna hijau dan berkilat.  Kita akan nampak pantulan bayangan bukit sekeliling terhasil di permukaan tasik tersebut seperti cermin,  jadi sebab itulah ianya dinamakan Tasik Cermin.

Lokasi  :  Tasik Cermin,  Gunung Rapat, Ipoh, Perak

Selesai Tasik Cermin,  kitaorang ke lokasi ke 3 iaitu :

3. CONCUBINE LANE

Mengikut cerita,  Concubine Lane dulunya milik Tycoon bijih timah Ipoh yang mempunyai 3 isteri dan memberi setiap sorang isterinya satu lorong kawasan rumah dan menamakan lorong-lorong tersebut sebagai Wife Lane, Concubine Lane dan First Concubine Lane.

Ada pula yang mengatakan Concubine Lane ini tempat orang kaya Cina menyimpan gundik mereka. 

Tak kisahlah apa pun ceritanya, yang pasti Concubine Lane ini telah menjadi lorong yang famous di Ipoh nie. Bangunan-bangunan lama telah di tukar menjadi pasar kraf dan cafe-cafe.

Bagi k mid kawasan ini seakan sama seperti Petaling Street, Kuala Lumpur cuma yang menarik minat kmid selain bergambar ialah ingin ke sebuah Cafe yang berkonsep ala Harry Potter.  Nama cafe itu ialah Platform 9 1/2 Cafe.

Pintu masuk ke Cafe.  Biasa jer tapi dalamnya macam Hogwarts beb!!

Kredit pic : platform9halfcafe

Kredit pic : platform9halfcafe

Cafe ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu di buka hingga 10 malam.

Kunjungan k mid ke sini baru-baru ini amat menghampakan kerana Cafe tersebut terlalu penuh hingga tidak memungkinkan diri untuk melepak sambil minum Butterbrew atau merasa ais krim Butterscotch sampai berposing ala ala berada di Hogwarts..hahaha. 

Tidak mengapa..next time datang pada hari-hari biasa bukan hujung minggu.

Lokasi : Platform 9 1/2 Cafe,  22,  Lorong Concubine, Ipoh, Perak.

4. TAMAN REKREASI GUNUNG LANG

Taman Rekreasi Gunung Lang ini terletak hanya 5km sahaja dari bandar Ipoh.  Mempunyai tasik yang sangat cantik dan dikelilingi dengan kehijauan pohon-pohon serta bukit batu kapur yang unik.

Tasik yang luas ini sebenarnya ialah bekas lombong satu ketika dahulu,  kini telah dimajukan dan dijadikan salah satu destinasi pelancongan di Ipoh.

SOP tetap di titik beratkan walaupun naik bot 5 minit aje

Pengunjung boleh menaiki bot dengan bayaran RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak untuk ke taman rekreasi sebenar yang terletak di seberang tasik. Hanya kira-kira 5 minit menaiki bot,  kita sudah sampai ke lokasi.

Di seberang tasik ini ada Mini Zoo yang menempatkan binatang-binatang seperti burung unta, burung merak, itik, lembu dan rusa.  Walaupun tidak banyak binatang di pelihara di Mini Zoo ini
 namun keadaan yang tenang pasti membuat para pengunjung berasa selesa untuk beriadah disini.

Berehat sebentar di "Rumah Perak"

Di tengah Taman Rekreasi ini ada terdapat sebuah rumah kecil yang cantik yang di panggil "Rumah Perak". Bolehlah berehat sekejap di rumah kecil ini selepas penat berjalan-jalan.  Walaupun tiada perabut di dalam rumah ini namun terdapat lampu dan kipas angin.

Salah sebuah dari Menara Tinjau yg terdapat di sini
 Lokasi  : Taman Rekreasi Gunung Lang,  Gunung Rapat, Ipoh, Perak.

 5. ROJAK & CENDOL PADANG IPOH


Sudah puas berjalan-jalan,  tekak pun dah terasa kering jadi eloklah singgah di Restoran Rojak dan Cendol Padang Ipoh.
Antara menu yang ada disini adalah cendul biasa,  cendul durian,  cendul pulut, abc, rojak, pasembor, nasi bryani dan masakan panas.


Lokasi : No.17,  Jalan Tun Sambanthan, Ipoh, Perak.

6.  HOKKAIDO ICE CREAM PUFF IPOH

Kalau terasa nak makan sesuatu yang lagi sweet dan sejuk,  boleh cuba ke Hokkaido Ice Cream Puff Ipoh.
Ada pelbagai perisa ais krim tersedia seperti perisa green tea, mint,rasberry durian coklat, tutty fruity, keladi dan lain-lain lagi.  Ais krim ini akan diapit dengan puff yang ranggup.  
Bagi k mid sebiji ais krim puff nie tak cukup 😃



Lokasi : No.36, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, Ipoh, Perak.

Begitulah trip k mid bersama anak-anak kali ini,  banyak tempat-tempat menarik di Ipoh sebenarnya. Tempat menjamu selera pun banyak.  
Dengan keadaan dunia yang belum pulih dari wabak Covid-19,  eloklah kita pulihkan industri pelancongan domestic dengan melancong dalam negeri. 
Sudahkah anda habis menjelajahi Seluruh Malaysia??  Kalau belum...bolehlah bawa family jalan-jalan,  mulai dengan tempat-tempat menarik berhampiran rumah anda dulu.
Wow! IPOH
.
Salam sayang,


#Travellocal    #TravelPerak #KitaJagaKita
#StaySafe      #TourismMalaysia
#CutiCutiMalaysia




Comments

  1. Sebenarnya banyak lagi tu tempat best di Ipoh. Memang tak cukup 1 hari nak pusing...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue..memang x cukup sehari ..klu 2 3 hari memang best

      Delete
  2. Rasa macam nak jalan2 ke ipoh pulak la nanti..

    ReplyDelete
  3. teringin pula nak pegi restoran holly wood tu. semua makanan nampak sedap. ice cream hokaido plak dah buka di kota bharu. hehe

    ReplyDelete
  4. khai sendiri orang ipoh tapi jarang or tak tahu tempat2 ni! hahaha tq suggest boleh la nanti try buat tempat best makannnn

    ReplyDelete
  5. wah bestnya. saya dah lama jugak rasanya tak ke ipoh jalan-jalan. bolehlah lepas ni bercuti dekat ipoh. last pergi sana rasanya 15 tahun dulu kot hehe. :)

    ReplyDelete
  6. Bila disenaraikan mcm nie, baru tahu banyak rupanya tempat menarik dekat Ipoh. Next time kalau dtg ipoh bolehlah terjah semua tempat nie

    ReplyDelete
  7. Bab melancong ni.. makanan la yg paling saya suka selain dpt ke tempat menarik 😄

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah nak ke Ipoh coming soon dengan kengkawan. Time covid nie explore dalam negara je la kan

    ReplyDelete
  9. Marina yang duk ipoh pon tak pernah pergi tasik cermin, concubine lane. Hahaha. Yg dekat2 kita simpan dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah dekat rumah mmg lmbat sikit nak pergi

      Delete
  10. Kitkat suka sangat explore Ipoh...almost semua lists ni dah explore kecuali yang cafe first dan aiskrim puff.. Oh ya!!, tasik cermin too.. Yang ada terowong tue awesome giler.. Terasa nak arrange trip weekend ni terus...

    ReplyDelete
  11. Restoran Hollywood tu nampak best dan menarik. Ada pelbagai makanan signature ipoh ya

    ReplyDelete
  12. Ipoh is nice to cuti cuti Malaysia. Wow the line at RESTORAN NEW HOLLY WOOD so long

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak long que tapi cepat aje senenarnya

      Delete
  13. Kat Ipoh memang banyak tempat menarik dan best kita pun kalau pergi sana relax jer rasa sebab tempat rasa tenang jer hehehehe Gunung Lang kita dah pergi hehehe.... Makan pun banyak pilihan kat sini..

    ReplyDelete
  14. Kak selalu gak gi Ipoh tp cpernah gi jln2 kat tempat tu next time blhlah singgah

    ReplyDelete
  15. seronoknya kak mieda jalan2 ... za tak kesempatan nak explore ipoh lagi tapi kedai makan hollywood tu mmg terkenal sgt dah kan... nak kena cuba nih

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag